Tinjauan Kosmo! di Cardiff City Online mendapati sebahagian besar peminat kelab itu ternanti-nantikan kehadiran Safiq terutama kehebatannya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika menentang Liverpool pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Julai lalu.
Antara komen peminat Cardiff di dalam portal tersebut termasuklah: "Satu pelaburan yang berbaloi jika dia (Safiq) mampu menjaringkan gol menentang lawan yang hebat seperti Liverpool."