BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Safee Sali Dirisik Kelab Jerman ??

Vondereich

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,940
Joined
Jan 11, 2008
Messages
23,940
Reaction score
948
Points
176
SAFEE_WC_L.jpg

Penyerang Malaysia, Mohd Safee Sali (kanan) berusaha melepasi pemain Singapura ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 28 Julai 2011.

KUALA LUMPUR, (D5) - Selepas menjadi pemain negara pertama beraksi di Liga Super Indonesia (ISL), penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali terus mengukir sejarah tersendiri selepas dikhabarkan menjadi buruan kelab Bundesliga.

Penyerang berbisa Pelita Jaya itu mendedahkan perkara tersebut selepas memaklumkan ada kelab liga Jerman sedia membuat tawaran untuk mendapatkan khidmatnya.

Meskipun begitu, tawaran dibuat masih lagi diperingkat awal dan Safee enggan mengulas lebih lanjut:"Tawaran ini datang tepat pada masanya. Mungkin ini adalah betul-betul tawaran yang mahukan khidmat saya.

"Tawaran ini mungkin datang selepas saya menyertai skuad Malaysia menentang Singapura. Saya terkejut dengan panggilan ini, walaupun belum mendapat tawaran rasmi," kata Safee.

Safee turut menambah ia mungkin wujud selepas beliau berjaya membantu skuad Harimau Malaya menjulang Piala AFF dan menyumbat tiga gol penting ketika perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 baru-baru ini.

Namun segala-galanya terletak pada pengesahan rasmi dari kelab Jerman dan kini masih belum mengetahui kelab mana yang bakal disertainya.

"Saya hanya mendapat khabar dari sana tetapi saya belum mendapat pengesahan jelas. Jadi saya tidak boleh komen terlalu banyak," katanya.

sumber: http://www.arena.my/Arena/ArenaArticle/tabid/440/Default.aspx?newsId=169145
 
Last edited:
ttg kelab tu den tak tau la. tp camtu la lebih kurang citer dia
 
ni dari sokernet

PENYERANG sensasi Malaysia dan kelab Pelita Jaya Indonesia, Safee Sali dikhabarkan dirisik kelab dari Bundesliga Jerman.

Jika menjadi kenyataan satu lagi sejarah bakal tercipta selepas Safee Sali menjadi pemain pertama Malaysia beraksi di Liga Super Indonesia bersama kelab Pelita Jaya.
 
Back
Top
Log in Register