asderafeda
Fun Poster
- Messages
- 630
- Joined
- Dec 9, 2011
- Messages
- 630
- Reaction score
- 0
- Points
- 10
Oleh Ravale Savarinathan
[email protected]
TAPAH: Bintang bola sepak negara, Safee Sali menunaikan janjinya apabila menemui peminat uniknya, Mohd Amirul Khail Zulkifly, 25, yang menghadapi masalah berat badan melampau.
Mohd Amirul yang mempunyai berat badan mencecah 250 kilogram pernah memasang impian bertemu bintang bola sepak negara itu, malah terpaksa memendam hasrat memakai jersi Harimau Malaya bernombor 10 tertera nama Safee kerana tubuhnya yang gemuk.
Bagaimanapun, impiannya ditunaikan semalam apabila Safee meluangkan sejam berbual dengannya sambil memberikan kata-kata nasihat dan semangat supaya dia tabah menghadapi ujian mengurangkan berat badan.
Safee menghadiahkan dua baju, masing-masing satu jersi tertera namanya dan sehelai baju sama yang pernah diberikan kepada seorang remaja Indonesia yang bertarung nyawa akibat penyakit misteri di Jakarta, baru-baru ini.
“Saya cabar awak supaya kurangkan berat badan sehingga boleh memakai jersi ini. Hadiah jersi ini antara sumbangan saya kepada awak. “Saya janji bertemu dengan awak semula nanti jika mengurangkan berat badan dan saya cabar awak pakai baju yang saya hadiahkan ini,” kata Safee selepas menghadiahkan dua baju berkenaan.
Hadir sama, Timbalan Ketua Umno Bahagian Teluk Intan, Azhar Jamaluddin dan bekas pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Jamil Zakaria yang juga Ketua Kerani Pentadbiran Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).
Ketika ditemui, Safee berkata, sumbangan itu penghargaan kepada Mohd Amirul Khail dan sebagai tanda terima kasih kepada peminatnya.
Katanya, beliau terharu dengan sambutan hangat diterimanya ketika mengunjungi rumah Mohd Amirul Khail, semalam.
“Sambutan peminat terhadap saya ini membuatkan saya terharu dan seperti tidak percaya walaupun standard bola sepak negara tidaklah sehebat negara lain di rantau ini, namun bola sepak tetap di hati peminat di negara ini. “Keadaan ini membuatkan saya sedar betapa tingginya keyakinan dan harapan diletakkan ke atas saya. Saya akan terus memberikan persembahan mantap dan menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa,” katanya. Safee turut diserbu ratusan peminat tanpa mengira usia yang mengambil kesempatan bergambar dan bersemuka dengan bintang pujaan mereka.
Mohd Amirul Khail pula berkata, dia seolah-olah tidak percaya Safee boleh sampai ke rumahnya semalam.
“Ketika pemberita Harian Metro datang memberitahu Safee akan datang melawat, saya tidak percaya walaupun gembira. “Hari ini (semalam) impian saya jadi kenyataan. Saya akan abadikan semua gambar dirakam bersama Safee sebagai kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila,” katanya.
P/S - Macam ni la pemain bola professional yang perlu dicontohi oleh pemain lain.. Nama baik, hati mak ayah pon sentiase sejuk je.
