BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Safari Tidak Akan Buka Laman HTTPS Melangkaui 13 Bulan Bermula September

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
HTTPS ataupun Hypertext Transfer Protocol Secure ialah satu protokol yang memastikan bahawa transaksi data diantara pengguna dan mesin pelayan di internet adalah selamat.

Sijil-sijil SSL (Secure Sockets Layer) ataupun TLS (Transport Layer Security) memastikan bahawa data yang dihantar dan diterima tidak boleh dikacau atau digodam oleh parti ketiga. Bergantung kepada pembangun laman web, sijil-sijil ini biasanya mempunyai jangka-hayat yang sangat panjang (sekitar 2 tahun) supaya mereka tidak perlu selalu menggantikannya.

Terkini, Apple telah membuat pengumuman bahawa pelayar web Safari mereka tidak akan menyokong sijil HTTPS yang mempunyai jangka-hayat lebih panjang dari 398 hari ataupun 13 bulan bermula 1 September 2020.

Pengumuman tersebut dibuat di acara Certficate Authority Browser Forum dimana Apple mengatakan bahawa semua laman web yang menggunakan sijil HTTPS lebih lama dari tempoh yang dinyatakan oleh Apple tidak akan boleh dibuka menggunakan pelayar web Safari.

Apple turut mengatakan bahawa ini hanya akan memberi kesan kepada laman-laman web yang memperbaharui sijil HTTPS mereka pada atau selepas tarikh tersebut, dan sijil-sijil yang sudahpun digunakan akan terus disokong tanpa masalah.

Keputusan ini dibuat untuk memastikan bahawa pentadbir-pentadbir laman web sentiasa menggunakan teknologi keselamatan yang terbaru yang akan menjamin keselamatan laman web dan juga para pengguna yang melayari laman-laman web tersebut.

macos-mojave-safari-favicons-100762161-large.jpg


Sumber asal https://www.theregister.co.uk/2020/02/20/apple_shorter_cert_lifetime/
 
Back
Top
Log in Register