BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saat dikebumikan...

namaste

Junior Member
Messages
95
Joined
Jun 23, 2006
Messages
95
Reaction score
66
Points
16
Apabila mayat sudah diusung oleh manusia untuk dibawa ke kubur, mayat itu tidaklah hanya diam sahaja. Ia berkata-kata melalui bahasanya sendiri. Tetapi hanya didengari dan difahami oleh benda-benda yang ada disekelilingnya, kecuali manusia yang hidup. Manusia tidak diizinkan oleh Allah mendengarnya. Andainya manusia mendengar ucapan tersebut, mereka akan terkejut dan pengsan. Allah lebiah arif dalam mengetahui kemampuan manusia ini. Manusia tidak akan sanggup untuk mendengar ucapan-ucapan mayat.

Ucapan mayat ketika dibawa ke kubur itu berlainan antara satu sama lain. Ini terpulanglah, sama ada manusia itu orang yang soleh atau orang yang derhaka kepada Allah.

1. Orang yang soleh, ia seolah-olahnya berkata: "Cepatlah bawa aku ke kubur".

2. Orang yang derhaka dan ahli maksiat, seolah-olah berkata pula: "Ke mana kamu semua membawa diriku ini?".

Mengenai perkara menghantar mayat ke kubur ini Rasulullah bersabda:

Ertinya:-
Apabila mayat itu sudah diletakkan (dalam usungan) dan dibawa oleh orang-orang lelaki di atas bahunya (ke kubur), jika mayat itu termasuk orang yang melakukan amal soleh, dia akan mengucapkan: "Segerakanlah olehmu semua (membawa aku ke kubur ini)", tapi apabila mayat itu beramal buruk dia mengatakan: "Aduh! alangkah celakanya, ke manakah kamu semua membawa aku ini". Semua benda mendengar ucapan mayat itu kecuali manusia, andaikata manusia mendengar tentu mereka akan jatuh pengsan".
(Riwayat Bukhari).

Petikan Titian Perjalanan"
 
mati tu adalah pasti
sembahyang la kamu sebelum kamu disembahyang.....
 
Beringatlah wahai semua umat manusia.Ingatilah mati>sesungguhnya mati itu akan datang jua, tidak kira dimana anda semua berada. :oops:
 
setelah keluar roh dari jasad, maka terputuslah semua perkara di dunia kecuali ilmu.ibadat dan sedekah.
 
TANDA 100 HARI SEBELUM SAKARATULMAUT

Ini adalah tanda dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati - Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari - Adapun tanda ini hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yg tidak makan, secara tiba-tiba ianya berselera utk makan.

Tanda 3 hari - Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi iaitu diantara dahi kanan & kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi & bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari - Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir - Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

INSAFLAH SEBELUM TERLAMBAT…….Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak
 
sesama kita mengingatkan antara kita .. amin
 
Back
Top
Log in Register