BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM
  • ⚠️ Warning: Do not post copyrighted, infringing, pirated, or illegal download links. Any user found posting such content may be permanently banned without further notice.

Music S.O.G - Siapa mereka?

RuthlessFairy

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,239
Paid Membership
Joined
May 15, 2009
Messages
30,239
Reaction score
879
Points
166
1646879582407.png


Sekumpulan Orang Gila (SOG) adalah sebuah kumpulan muzik indie tempatan daripada Batu Caves, Selangor, Malaysia. Mereka memilih untuk membawa rentak post-Hardcore sebagai konsep utama dalam penghasilan melodi lagu mereka. SOG dibarisi enam orang anak muda - Riko, Amsyar, Nazrin, Nazmin, Qayyum dan MK Ridzuan.

1646879489897.png



Tahun-tahun terawal (2005-2009)​

SOG bermula pada pertengahan tahun 2005 di mana mereka hanya terdiri daripada tiga orang ahli iaitu Nazmin, Nazrin, dan Razali yang pada masa itu benar-benar bersemangat untuk membentuk sebuah band. Dengan itu, mereka memutuskan untuk membentuk sebuah band rock dengan nama Sound Of Genocide, dan mereka menjadikan kugiran Amerika, System of a Down sebagai inspirasi terbesar mereka pada waktu itu. Mereka mula bermain dengan lebih serius ketika awal tahun 2008 dan ketika itu jugalah Mel, Sam dan Acap turut menyertai untuk memantapkan lagi band ini. Setelah berbincang sesama mereka, mereka telah bersetuju untuk menukar nama demi kebaikan sendiri untuk terus berkarya dengan lebih bebas. Tetapi, dalam masa yang sama, mereka ingin mengekalkan akronim SOG lalu membawa kepada pemilihan nama baharu Sekumpulan Orang Gila, hasil idea daripada Nazmin.

Kemudian, mereka terus mengorak langkah dengan melancarkan demo cakera padat pertama mereka yang telah dirakam mereka pada akhir tahun 2008. Demo tersebut mengandungi 10 buah lagu, dan disebarkan secara percuma kepada mereka yang berminat.

Civilization Is On Trial (2013)​

1646879380904.png

Album ini telah meledakkan nama Sekumpulan Orang Gila sebagai sebuah kumpulan post-hardcore yang terkenal di Malaysia. Album tersebut diterbitkan pada awal tahun 2013. Album ini telah memuatkan lapan buah lagu, yakni dua lagu instrumental, empat lagu bahasa Inggeris, dan dua lagu bahasa Melayu. Salah sebuah lagu di dalam album ini, Satu Melayu, telah menjadi perhatian pengkritik muzik tanah air, dan lagu ini juga telah membawa nama mereka dalam sorotan orang ramai

Bahtera (2014)​

1646879403472.png


Selepas hampir 10 tahun ditubuhkan, SOG tampil dengan album penuh sulung yang berjudul Bahtera. Dalam album ini, SOG mengetengahkan kepelbagaian gaya muzik dalam album ini termasuklah mencampur aduk bunyian muzik metal bersama muzik tradisional Melayu sehingga disebut orang ramai sebagai "Nusantara-Core" Sebaliknya, ia diadun dan digubah dengan pelbagai gaya dari segi teknik vokal dan gaya muziknya. Dalam sesetengah lagu, Riko dan Nazrin menampilkan vokal growl tetapi diadun dengan muzik metal moden. Pada masa sama, SOG tidak meninggalkan elemen muzik tradisional Melayu dengan bunyian biola dan gendang seperti dalam lagu Restu. Malah, kebanyakan lirik lagunya juga berunsur kemelayuan. Malah, mereka turut berkerjasama dengan Dato' M. Nasir sebagai penulis lirik bagi lagu Sumpah Pendekar. Selain Restu dan Sumpah Pendekar, album ini turut memuatkan lagu-lagu Garisan Sartan, Amat Mudah Untuk Hanyut Dibawa Arus, Mati, Hantu, Kitalah Juara, Kau Sempurna, Misteri Bertari, Warta Lama, Sebelum Pergi Aku Ingin Kembali, Saudara Sahabat, Hentikan dan Bahtera. Dalam tempoh penghayatan album ini, SOG melakukan siri jelajah mereka, termasuk di negara jiran. Mereka memulakan siri ini dengan nama "Jelajah Bahtera" pada penghujung tahun 2014 di sembilan bandar utama Semenanjung Malaysia. Pada tahun 2015, mereka melakukan siri "Kembara Indonesia" yang melibatkan enam kota di Jawa dan Sumatera. Pada tahun 2016, album Bahtera telah dinobatkan sebagai Kulit Album Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik ke-22.

Dermaga (2018)​

1646879427417.png


Selepas hampir empat tahun, SOG kembali dengan album terbaru, Dermaga. SOG terkenal dengan dua sisi bunyi muzik mereka, iaitu keras dan lembut. Album ini menunjukkan sisi mereka yang lebih keras dan jika di album Bahtera, sudah biasa dengan lagu Hentikan dan Mati, Dermaga merupakan gabungan kedua-dua lagu tersebut dengan sedikit penambahbaikkan. Dari segi instrumental, ia seakan-akan mengandungi riff metalcore yang dimainkan di latar belakang lagu. Walau bagaimanapun, bunyi metalcore itu tidak mempengaruhi gaya post-hardcore SOG. Unsur metalcore tersebut hanyalah sebagai penambah perisa kepada lagu ini. Album Dermaga lebih mengetengahkan jeritan Riko, termasuk Nazrin di bahagian korus yang kedengaran agak kasar.

  • Riko Agus - Vokal (2013–kini), Bass (2013)
  • Raja Nazrin Shah – Vokal, Gitar, Seruling (2005–kini)
  • Amsyar Saiful - Gitar (2013–kini)
  • Abdul Qayyum – Pemain Bass (2013–kini)
  • Raja Nazmin Shah - Drum (2013–kini), gitar (2005–2013)
  • MK Ridzuan - Keyboard, Seruling, Gendang (2019-kini)

1646879314830.png
 

Attachments

Back
Top
Log in Register