BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

S-Cross SUV jimat minyak

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpeg

S-Cross, kenderaan segmen C keluaran Suzuki Malaysia dengan kelebihan penjimatan minyak dilancarkan di Kuala Lumpur, semalam.


SUZUKI Malaysia Automotive Sdn Bhd (Suzuki Malaysia) memperkenalkan kenderaan utiliti sport (SUV) segmen C, S-Cross yang jimat minyak.

S-Cross adalah kenderaan ekonomik bagi kelasnya dengan penggunaan dalam kadar 17.2 kilometer (km) bagi setiap liter.

Pengarah Urusan Suzuki Malaysia Automobile Sdn BhdKeiichi Suzukiberkata,pengenalan S-Cross menembusi pasaran automotif negara membawa keseimbangan unikantara teknologi, keselamatan, ruang dan serba boleh yang ditawarkan dalam segmen ini.

“Kami menerima tempahan yang menggalakkan daripada pengguna sejak bulan lalu.

“Bagi tahun ini, kami menyasarkan menjual 60 unit S-Cross. Manakala,400 unit lagi pada tahun depan,” katanya selepas pelancaran S-Cross di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, kenderaan itu dijangka menyumbang 10 peratus kepada jumlah keseluruhan jualan dalam tempoh 12 bulan selepas pelancaran.

Sementara itu, mengulas berhubung pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) Keiichi berkata, GST dijangka memberi kesan jangka pendek kepada jualan.

“Kami tidak boleh memberitahu jikaada kenaikan harga bagi kenderaan kami.

“Namun ia tidak akan memberi banyak perbezaan ketara pada harga," katanya.

Malaysia adalah negara kedua di Asia yang melancarkan S- Cross selepas Singapura.
 
Makin tertekan la proton macamni. Org beli kereta 1st tgk design
 
nak tanya skit..
org kata Suzuki pny brand bab maintenan cekik darah dan pasal minyak tu mmg jimat, betul ke?
 
Back
Top
Log in Register