BTC USD 84,228.5 Gold USD 4,139.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Running Man

sapo minat runningman leh try install Apps Quiz Runningman..barula kire die hard fans..

ji_hyo.png

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.yazidane.RunningManQuizGames
 
Pasangan kekasih 'Descendants of the Sun' sertai siri khas 'Running Man'

gogogoo.transformed.jpg

SEOUL: Pasangan kekasih "Goo-Won" dalam siri drama televisyen popular "Descendants of the Sun" akan membintangi episod akan datang rancangan pelbagai kendalian SBS, "Running Man," menurut media tempatan.

Dalam satu temuramah dengan TV Report, sumber dalaman industri hiburan enggan dikenali berkata, "Kim Ji-won dan Jin Goo akan mengambil bahagian dalam rakaman program dijadualkan Isnin ini."

Aktor David McInnis, yang memegang peranan sebagai watak antagonis Argus dalam drama sama, juga dikatakan akan mengambil bahagian dalam rancangan itu.

Episod "Running Man" yang memaparkan pelakon "Descendants of the Sun" itu akan disiarkan di televisyen 1 Mei ini. -AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/147810

Episod minggu dpn nie..
 
Minah ni lagi kiut masa epsd Running Man dari drama tu :)paid
 
Song Ji Hyo datang KL bulan depan

jihyo.transformed.jpg

KUALA LUMPUR: Peminat program popular Korea, Running Man, pastinya teruja untuk bertemu satu-satunya peserta wanita dalam rancangan terbabit, Song Ji Hyo, apabila beliau bakal hadir pada pelancaran sebuah butik kasut di Jalan Bukit Bintang, di sini, 1 Oktober depan.

Peminat berpeluang berjumpa dengan Ji Hyo dengan mendapatkan lima keping pas untuk ke pelancaran butik kasut Shoopen menerusi peraduan yang dianjurkan.

Menurut kenyataan dikirimkan kepada BH Online, Shoopen Malaysia akan menganjurkan peraduan beli dan menang bermula 16 September hingga 25 September ini. Pelanggan hanya perlu berbelanja RM200 ke atas untuk menyertai peraduan terbabit.

Lima pemenang bertuah akan diumumkan pada 26 September depan bagi memenangi dua pas setiap seorang, yang membolehkan mereka menghadiri sesi bertemu dan beramah mesra bersama bintang berkenaan.

Bagi pelanggan khas kedai itu pula, mereka boleh menikmati pembelian berganda dengan membeli kasut atau aksesori bernilai RM200 dan kemudian berpeluang memenangi dua tiket penerbangan ke Korea.

Manakala enam pemenang sagu hati akan menerima hadiah kotak kasut khas. Peraduan itu bermula dari 1 hingga 31 Oktober 2016.

Bagi mereka yang berminat menyertai peraduan terbabit, layari Facebook Shoopen Malaysia dan Instagram @shoopenmalaysia.

http://www.bharian.com.my/node/193200
 
Gary tinggalkan program Running Man

Gary.transformed.jpg

SEOUL: Selepas enam tahun bersama Running Man, Gary mengucapkan selamat tinggal kepada program permainan realiti yang menjadi fenomena global itu, hari ini.

Pengunduran bintang berusia 38 tahun itu diumumkan stesen SBS, yang memaklumkan keputusan Gary itu adalah bagi menumpukan semula perhatian terhadap kerjaya muziknya.

"Tahun ini, beliau ada memberitahu produksi mengenai rancangannya untuk meninggalkan Running Man bagi memperuntukkan masa dengan muzik, selain mahu menyambung pengajian.

"Walaupun kakitangan dan semua bintang lain memujuknya supaya mengubah fikiran, beliau tetap dengan keputusan terbabit. Seluruh produksi juga sebulat suara menghormati keputusannya itu," kata wakil SBS.

Pada masa sama, produksi rancangan terbabit turut menyatakan rasa terima kasih atas dedikasi dan kesungguhan Gary menjayakan program popular berkenaan, sejak musim pertama hingga kini, sekali gus mendoakan kerjaya muzik lelaki itu terus berjaya.

Gary atau nama sebenarnya Kang Hee-gun memulakan kerjaya seni sebagai penyanyi rap sekitar 1996 selain aktif dalam arena muzik selaku komposer dan penerbit sebelum dikenali sebagai personaliti televisyen.

Pengundurannya daripada rancangan itu secara tidak langsung meninggalkan pasangan 'Monday Couplenya', Song Ji-hyo, yang juga satu-satunya peserta wanita dalam program terbabit, selain Yoo Jae-suk, Haha, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook dan Lee Kwang-soo.

Menerusi pengumuman sama, SBS menyatakan, aksi terakhir bintang yang bersama pasukan mereka sejak Julai 2010 itu akan dapat diikuti pada episod siaran 31 Oktober ini.

http://www.bharian.com.my/node/206008
 
mane nk cari lagi "sudden commander" mcm gary ni..huhuh..
apepon..byk2 kapel dalam runningman..aku paling minat tgok ji hyo kapel dgn kwangsoo...mmg lawak gile.
 
mane nk cari lagi "sudden commander" mcm gary ni..huhuh..
apepon..byk2 kapel dalam runningman..aku paling minat tgok ji hyo kapel dgn kwangsoo...mmg lawak gile.

tak leh terima betul la kwang soo tu.. :mad:
menyakitkan hati
 
Back
Top
Log in Register