BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rundingan tebusan Jepun buntu

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
image.jpg

Nakayama bercakap kepada media di luar kedutaan Jepun di Amman

TOKYO - JEPUN. Timbalan Menteri Luar Jepun memberitahu rundingan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) yang mengancam untuk membunuh juruterbang Jordan dan seorang wartawan Jepun menemui jalan buntu.


Menurut laporan media tempatan, Yasuhide Nakayama yang mengetuai pasukan tindak balas kecemasan Tokyo di Amman, Jordan, memaklumkan tidak ada kemajuan dalam usaha untuk membebaskan Kenji Goto dan Maaz al-Kassasbeh.

"Rundingan menemui jalan buntu. Bagaimanapun, kami kekal dalam keadaan berjaga-jaga dan akan terus menganalisis serta memeriksa maklumat kerana kerajaan sedang gigih berusaha bersama-sama," katanya. - AFP
 
Last edited:
bg duit pun taknak, sistem barter pun taknak. kerat leher jelah.
 
Banyak sangat penasihat masuk jarum. Nasib ko lah. heh
 
Jepun dah Jordan nk lebih2 tu. Dulu tak silap Itali ok je buat pertukaran.
 
dengar cerita jepun dah bayar wang pampasan, tp jordan pula yg menjahanamkn proses bayaran tebusan
 
rundingan lemah ... tgk kenyataan abe pun dah tau ... lembab abe ni
 
Back
Top
Log in Register