Memang benar cakap tt tu..packaging yg baik dan menarik memainkan peranan yg penting dlm menarik perhatian pembeli. Sebab tu usahawan sanggup membayar kos beribu2 ringgit untuk dapatkan design yg cantik dan menarik. Kalau dengan Sirim, Fama, Jab Pertanian, PPK etc..diaorg boleh tolong buat semua ni utk permulaan. Saya dah register sebagai usahawan dengan agensi2 ni. Selalu follow up dgn mereka tetapi jawapan masih sama...dana dah habis, dana belum turun...senarai menunggu ramai.Org atasan pun cakap benda yg sama. Mungkin juga ada benarnya apa yg mereka cakap. Dari pengalaman saya, Fama dan Sirim (Pulau Pinang) bnyak menolong usahawan yg baru nak naik. Layanan mereka pun bagus. Jadi sekarang saya buat setakat yg mampu saja. Untuk luaskan market, sy ikut ekspo atau karnival yg dianjurkan oleh Fama dan Jab Pertanian. Bagus juga..di samping memasarkan produk sendiri dapat juga meluaskan rangkaian networking.