BTC USD 84,105.0 Gold USD 4,182.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah selebriti dirompak

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
LOS ANGELES 4 Nov. - Polis berjaya merampas berpuluh-puluh cincin berlian, kasut berjenama, beg tangan, pistol dan dadah daripada tiga rumah suspek yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian di rumah selebriti Hollywood di bandar ini.

Menurut keterangan waran geledah, antara yang ditemui semasa serbuan ke atas tiga buah rumah tersebut pada bulan lalu adalah dompet Louis Vuitton dan Chanel, berpuluh-puluh barang kemas bertatah berlian dan emas serta barangan elektronik.

Keseluruhannya, tiga wanita dan dua lelaki dituduh memecah masuk rumah-rumah tersebut milik selebriti di Hollywood Hills termasuk Lindsay Lohan, Orlando Bloom, Paris Hilton, Megan Fox dan Rachel Bilson.

Mereka yang didakwa ialah Alexis Neiers, Diana Tamayo, Courtney Ames, Roy Lopez Jr. dan Nicholas Frank Prugo.

Polis sedang memburu seorang lagi suspek lelaki, Jonathan Ajar, yang didakwa dengan 10 tuduhan selepas pelbagai jenis dadah dan senjata ditemui dalam serbuan tersebut.

Rekod polis menunjukkan Ajar ialah seorang penjenayah yang tidak dibenarkan memiliki senjata api.

Rekod mahkamah pula menyatakan, dia pernah disabit bersalah kerana mengedar kokain di Wyoming pada 2002.

Sepucuk pistol 9mm yang ditemui di rumah Ajar, dikenal pasti didaftarkan atas nama aktor Brian Austin Green.

Selain tempat tinggal Ajar, serbuan turut dibuat di rumah Neiers (yang didakwa memecah masuk rumah Bloom), dan rumah Tamayo yang didakwa mencuri di kediaman Lohan dan aktres High School Musical, Ashley Tisdale.

Sebuah komputer, cakera keras, beberapa bentuk cincin dan rantai leher ditemui di rumah Neiers, manakala polis menjumpai dompet Louis Vuitton dan Chanel, kasut serta alat solek dan minyak wangi berjenama di rumah Tamayo.

Ames, Lopez Jr. dan Prugo menghadapi tujuh tuduhan bagi jenayah mencuri di rumah.

Semua suspek berusia antara 18 hingga 27 tahun. Mereka diarah hadir ke Mahkamah Atasan Los Angeles bagi menghadapi tuduhan pada bulan ini. - AP
 
Back
Top
Log in Register