BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah Raja Petra DiGelidah Polis

ronaldinhood

Super Active Member
Messages
9,352
Paid Membership
Joined
Apr 3, 2006
Messages
9,352
Reaction score
73
Points
70
Liwat: Rumah Petra digeledah polis
Aug 22, 08 2:35pm

Rumah pengendali blog popular Malaysia Today pagi ini diserbu polis, dilaporkan berhubung siasatan akuan berkanun seorang doktor Hospital Pusrawi dalam kes liwat yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
raja petra house raided by police 220808 03Menurut laporan blog itu, sekumpulan polis menggeledah rumahnya dekat Bandar Baru Sungai Buloh mulai jam 8 pagi tadi.

Polis merampas sebuah komputer riba, alat pengimbas dan beberapa dokumen dalam serbuan selama dua jam, laporan itu dipetik.

Blog itu menyebut Raja Petra akan disiasat polis selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

Dalam akuan berkanunnya bertarikh 1 Ogos lalu, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid berkata, beliau tetap berpegang kepada hasil pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan, pemuda yang mendakwa diliwat oleh Anwar.
Kes itu kini sudah dibawa ke mahkamah - sehari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pilihanraya kecil itu yang diadakan selepas kekosongan yang ditinggalkan oleh penyandangannya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar.

Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi dan kemudiannya di Hospital Kuala Lumpur sebelum membuat laporan polis, mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR.

Di Hospital Pusrawi, Mohd Saiful diperiksa oleh Dr Mohamed Osman.

Dalam laporan perubatannya, yang dibocorkan kepada media, doktor tersebut menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat.
Dr Mohamed Osman juga mendakwa beberapa perenggan dan perkataan telah ditambah kepada kenyataannya kepada polis berkaitan perkara tersebut.
Sebelum ini, Hospital Pusrawi menyatakan bahawa Dr Mohamad Osman tidak membuat sebarang pemeriksaan berkaitan liwat ke atas Mohd Saiful.

6cf3e0d031b32701fc76e84e493d91e6.jpg
904e2f599e39400afddf82b62abc39f8.jpg
 
Last edited:
Brooo..update leee gambor.Gambor polis dlm rumah dia.
 
biar polis yg selesaikan....kita tunggu dan lihat!!!
 
gambo plz..
sure panas..
 
kalo ade gambo pn sume komando bertopeng kot...
nak gambo.....
 
UMNO is going through the five stage of dying​

1) Denial ------> Nafi tarikh parlimen bubar, Pembunuhan Altantuya, Hubungan sayfool dgn najib, Perpecahan dalaman umno, Minyak naik inflasi x naik, Kehilangan Bala (kesahihan akuan bersumpah), Malaysia bukan negara Islam, Video linggam, Dakwaan Rasuah Exco Perak : BPR menafikan ada unsur Rasuah Seks, Kerajaan umno/bn Telah Lama Luluskan 10% Untuk Non-Bumi Masuk UiTM (Sendiri Buat Sendiri Tak Mengaku), Kesahihan laporan Pusrawi (doktor tersebut menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat),n byk lagi

2) Anger -------> Salahkan org lain yg padahal umno sendiri yg lemah, rasuah n pecah amanah menyebabkan ahli ahli peringkat akar umbi menolak kepimpinan pak lah. Salahkan PAS memecahbelahkan masyarakat, Mencarut dalam parlimen n banyak lagi

3) Bargaining --> Cube pakat dgn PAS namun gagal. Sanggup berkongsi kuasa dgn PAS n menjadikan jawatan Menteri Besar sebagai habuan n banyak lagi

4) Depression --> Cube merasuah MP PR dari Negeri Perak, Tuduhan liwat DSAI (Mintak DNA), Istiharkan jihat, Bantuan kepada SAR disalurkan semula, Saiful bersumpah 'mubahalah' di Masjid Wilayah, Rasuah: RM 1 Juta Utk Sekolah Cine, TPM: Akta DNA bukan untuk Anwar, Ramlang bin Porigi Menjadi "Imam" saksi sumpah sayfool (Tapi Jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Bukanye Imam Masjid Wilayah Persekutuan), Nama Pengundi Hilang (KeADILan kesan 26 pengundi hilang dalam daftar pemilih), Meletakkan hari bekerja sebagai tarikh pembuangan undi, Menggunakan Agensi Kerajaan Untuk Tujuan Kempen Umno/BN (ade member (wealthgainer) kat Putrajaya sahkan), Laporan Media Yang Senget Sebelah (dari dulu lagi dah), Penggunaan Pasukan Anggota Keselamatan (Polis menggunakan khidmat Unit Tindakan Khas (UTK) dan Komando 69), Mengambil Kad Pengenalan Pengundi, Forum Perdana Anjuran UMNO (Tak Mendapat Sambutan), Kes Rasuah Exco Perak : Projek Perumahan Tidak Wujud - MB Perak (Kalo MB Pon Dah Kata Tak Ade Mcm Mana Bolah Kata Ade) n banyak lagi

5) Acceptance --> Dr M: Anwar akan menang di Permatang Pauh, Calon BN dakwa ada 'pengundi hantu' (sendiri buat sendiri mengaku), Datuk Seri Syed Hamid Albar: Anwar berhak dapat laporan polis (sendiri buat sendiri heran), Parti Gerakan Keluar Barisan Nasional, Alex Thiagarasan menyertai DAP, TPM: Turun Harga Minyak (Dulu Kata X Boleh Nanti Negara Bagkrap, Dekat Pilihan Raya Boleh Pulak) n banyak lagi


p/s: Yg color biru tu yg terbaru...harap maklum

Kepada pengundi pengundi kawasan Permatang Pauh. Sila pertimbangkan senarai perkara perkara diatas. Diharap tuan/puan abang/kakak n muslim/non-muslim memilih dgn bijak. Lawan Tetap Lawan.
Polis Di-Raja umno :))
 
Last edited:

Dalam laporan perubatannya, yang dibocorkan kepada media, doktor tersebut menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat.
Dr Mohamed Osman juga mendakwa beberapa perenggan dan perkataan telah ditambah kepada kenyataannya kepada polis berkaitan perkara tersebut.
Sebelum ini, Hospital Pusrawi menyatakan bahawa Dr Mohamad Osman tidak membuat sebarang pemeriksaan berkaitan liwat ke atas Mohd Saiful.

Siapa yg menipu? Nampak sangat Hospital Pusrawi menipu (atas arahan tangan ghaib). Takkan Dr tu plak menipu.

Ni mcm serampang dua mata je. Cari jugak benda lain sebenarnya tu.
 
huhu polis kata jangan...keterangan kat mahkamah..:D:D
 
Back
Top
Log in Register