ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Penyiasat FBI sedang mengumpulkan bukti di lokasi kejadian serangan di luar Curtis Culwell Center di Texas.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Rumah Putih, kelmarin memaklumkan masih terlalu awal untuk mengesahkan sama ada kumpulan militan IS adalah dalang sebenar serangan di sebuah pameran anti-Islam di Garland, Texas pada Ahad lalu.
Jurucakapnya, Josh Earnest berkata, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kini sedang melakukan siasatan untuk mencari kaitan antara IS dan dua lelaki bersenjata yang ditembak mati dalam insiden tersebut.
"Terdapat pelbagai kumpulan pelampau di seluruh dunia pada masa ini termasuk IS yang semakin berkembang pengaruhnya. Kami perlu memastikan sama ada mereka mempunyai hubungan dengan pertubuhan pengganas lain," jelasnya.
Kenyataan terbabit dikeluarkan selepas IS mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan bersenjata ke atas pameran seni itu yang memberi gambaran negatif terhadap Rasulullah.
Dalam perkembangan berkaitan, Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran AS$20 juta (RM71 juta) kepada mana-mana individu yang mendedahkan maklumat mengenai empat pemimpin kanan IS termasuk bekas anggota al-Qaeda di Iraq, Abd al-Rahman Mustafa al-Qaduli. - Press TV