balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Abdul Mutalib (kiri) memberi penerangan mengenai pelan pembinaan rumah PR1MA di lokasi stesen LRT sambil diperhatikan Shahril pada majlis taklimat media di Petaling Jaya.
PERUMAHAN Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Bhd bakal membina 4,000 unit rumah mampu milik di enam lokasi stesen transit aliran ringan (LRT) melalui perkongsian strategik dengan Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana).
Melalui kerjasama itu, PR1MA akan membina pangsapuri di kawasan sekitar stesen LRT kendalian Prasarana.
Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, syarikat itu merancang untuk membina 2,000 unit rumah pangsapuri di Pandan Jaya, Pandan Indah, dan Taman Cempaka, Kuala Lumpur.
Menurutnya, perbincangan turut diadakan untuk membina 2,000 lagi unit rumah pangsapuri di kawasan tiga stesen LRT yang bakal dibina di Jelatek, Glenmarie dan Putra Heights.
“Fasa pertama pembangunan di tiga lokasi sekitar Pandan akan dilancarkan menjelang akhir tahun ini,” katanya pada majlis taklimat media di Petaling Jaya, semalam, yang turut dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar.
Abdul Mutalib berkata, pangsapuri yang akan dibina berukuran antara 750 kaki persegi dan 1,200 kaki persegi.
“Kami menjangkakan permintaan baik daripada orang ramai kerana lokasi strategik dan memiliki akses mudah ke rangkaian LRT.
“Harga bagi unit rumah ini akan diumumkan kemudian, namun apa yang pasti harganya akan ditetapkan 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran bagi unit sama di kawasan persekitarannya,” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/rumah-pr1ma-di-6-stesen-lrt-1.156321