BTC USD 60,698.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah pegawai polis dipecah masuk

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Bilik mangsa bersepah selepas dimasuki suspek dalam kejadian kelmarin. - Foto Sinar Harian
< 1 / 1 >
KOTA BHARU - Seorang pegawai polis wanita kerugian hampir RM 6,000 selepas selepas komputer riba, telefon bimbit, kamera digital dan empat utas gelang emas miliknya hilang dalam kejadian di Perumahan Polis Wakaf Mek Zainab di sini kelmarin.

Kejadian disedari, pegawai berpangkat Inspektor berusia 34 tahun itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada jam 6 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Idris berkata, suspek memasuki rumah mangsa dengan mengumpil mangga dan menanggalkan tombol pintu ketika mangsa berada di tempat kerja.

“Rumah mangsa tiada kamera litar tertutup (CCTV) dan tiada saksi yang melihat kejadian itu. Polis kini mengesan suspek berdasarkan kesan cap jari yang ditemui di cermin almari solek di rumah mangsa,” katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah rumah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/rumah-pegawai-polis-dipecah-masuk-1.254256
 
haii..polis pon dah tak selamat ~X(~X(~X(
 
korang percayalah....kebanyakan kes pecah rumah kuarters polis ni, keje anak2 polis situ jgk...99.9% confirm
 
dalam kawasan kauater polis pun x selamat..
keja sapa nie..x kan keja org luar kot..
 
korang percayalah....kebanyakan kes pecah rumah kuarters polis ni, keje anak2 polis situ jgk...99.9% confirm

betul yg nie aku sokong sapa yg brani nak buat kecoh kat situ selain org yang dok situ
 
Back
Top
Log in Register