BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah mufti Perlis disamun

tapailepat

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
647
Joined
May 6, 2013
Messages
647
Reaction score
0
Points
10
Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya, yang pulang berhari raya ke negeri ini bersama keluarganya disamun dua lelaki bersenjatakan parang yang memecah masuk rumahnya di Jalan Semariang di Kuching semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Abang Ahmad Abang Julai berkata kedua-dua lelaki terbabit mengikat Dr Juanda, isteri dan pembantu rumahnya sebelum menggeledah rumah berkenaan.

Mereka kemudian melarikan barangan berharga benilai kira-kira RM30,000, katanya kepada semalam.

Beliau berkata kejadian pada pukul 5.30 pagi itu turut menyebabkan isteri dan pembantu rumah mufti berkenaan cedera.

"Polis masih meneruskan siasatan dan pasukan forensik telah dihantar ke rumah itu untuk mengumpul maklumat, termasuk mengenai suspek," katanya sambil
memberitahu bahawa suspek dipercayai masuk ke rumah itu melalui pintu belakang.

Dr Juanda, yang berasal dari Mukah dan merupakan orang Sarawak pertama dilantik ke jawatan itu pada 2009.

- Bernama
 
Sian kena samun...
tp kenapa bkn ank jati Perlis jd Mufti..kan rmi ank perlis belajar aliran Agama..:-?
 
dahlah alim, teraniaya pulak tu....

kalau mufti ni mohonkan balasan serta merta, adalah kemalangan timpa penyamun jap lagi
 
tu dia berani samun rumah mufti. kang doanya dimakbulkan, mau naya penyamun tuh :))
 
kawasan semariang... patut ler....
rumah mertua aku kat semariang kerap hilang barang..
dulu tak pasang pagar besi kat tingkap diorang masuk naik tingat atas..
now dah pasang pagar besi ,, diorang guna galah pulak jolok masuk ikut tingkap ambil barang....

sport rim kereta wife aku pun hilang dulu.. aiyakk....

kadang kadang kadar penganguran kawasan nie tu yang buat jadi macam tu....
kalau tengok kat semariang pinggir.. kasihan.. masih ramai lagi yang susah....

tapi biasa masuk samun dan merampok rumah nie.. geng geng indon...
 
Ntah2 pengikut syiah yg samun, sbb dia buat knyataan jgn kahwin pasangan syiah...
 
Back
Top
Log in Register