BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah jadi port mat gian diserbu

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Antara penagih dadah yang ditahan AADK Jeli dan UAS dalam serbuan di sebuah rumah di Ayer Lanas, dekat Jeli.​

JELI - Seorang pelajar tingkatan empat antara 12 individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penagihan dadah di Kampung Ayer Lanas, dekat sini.

Tangkapan dibuat sepasukan anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Jeli dan Unit Antidadah Sempadan (UAS) dalam serbuan di sebuah rumah di kampung itu, Rabu lalu.

Ketua Pegawai AADK Jeli, Norhayati Mahiddin berkata, kesemua penagih dadah berusia 16 hingga 51 tahun terbabit ditahan hasil maklumat orang awam dan risikan.

"Hasil ujian saringan air kencing yang dibuat, tiga orang daripada yang ditahan adalah penagih heroin, manakala sembilan lagi penagih pil kuda.

"Seorang penagih dadah berusia 16 tahun yang ditahan didapati masih belajar di sebuah sekolah menengah di daerah ini," katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Menurutnya, pelajar terbabit kini diletakkan di bawah pengawasan secara sukarela mengikut Seksyen 8(3)(b), Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

"Enam daripada mereka dijamin keluarga, manakala lima lagi dihantar ke Klinik Pulih dan Prihatin (C&C) 1Malaysia Jerantut, Pahang bagi menjalani rawatan dan pemulihan," katanya.

Sementara itu, Norhayati berkata, kejayaan pihaknya mengenal pasti dan membuat serbuan di rumah terbabit hasil maklumat orang awam yang curiga dengan aktiviti di lokasi berkenaan.

"Kecurigaan timbul apabila orang awam melihat ramai orang disyaki penagih dadah keluar masuk di kawasan rumah ini dan sebelum serbuan dibuat, kita buat risikan selama dua minggu di lokasi tersebut.

"Siasatan dan risikan mendapati kawasan rumah ini menjadi pusat atau 'port' pengambilan serta pengedaran dadah bagi penagih sekitar Ayer Lanas," katanya.

Justeru, beliau meminta orang ramai supaya terus memberikan kerjasama kepada pihaknya dengan menyalurkan maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing.
 
Back
Top
Log in Register