BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah hakim dipecah masuk

voda

Active Member
Messages
2,322
Paid Membership
Joined
Feb 23, 2010
Messages
2,322
Reaction score
83
Points
35
TELOK KEMANG 15 Jun - Sebuah rumah persinggahan milik seorang hakim Mahkamah Rayuan di Taman Seaview di sini dipecah masuk oleh beberapa penjenayah, malam tadi, mengakibatkan kerugian RM6,000.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh berkata, ketika kejadian banglo berkenaan tidak berpenghuni ekoran pemiliknya hanya datang menginap ketika hujung minggu.

Katanya, kejadian berkenaan hanya disedari oleh tukang kebun yang datang untuk menyiram pokok bunga di kediaman berkenaan kira-kira pukul 7 pagi ini.

"Tukang kebun itu mendapati jeriji besi dan pintu belakang rumah terbabit terdapat kesan kopak lalu membuat laporan polis," katanya di sini hari ini.

Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku antara pukul 5 petang semalam dan 7 pagi ini.

"Selepas siasatan dijalankan kita dapati beberapa peralatan elektrik termasuk satu sistem teater rumah hilang dan kerugian dianggarkan kira-kira RM6,000.

"Pemilik rumah berkenaan memberitahu bahawa kali terakhir beliau sekeluarga menginap di rumah itu adalah kira-kira dua minggu lalu," ujarnya.

- utusan

hakim pun kna bedal gak ker:))
 
Back
Top
Log in Register