Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
Rumah Baru Lady Gaga
PENYANYI kontroversi, Lady Gaga dilaporkan sedang membina sebuah rumah terapung yang terletak di kepulauan Greek.
Menurut sumber, pelantun lagu Born This Way ini telah membeli tapak di Crete sejak tahun lalu bagi membina rumah yang berharga RM49.16 juta itu.
“Selepas berjaya menyiapkan binaan rumah tersebut, pasti perkara itu akan menjadi fenomena baru memandangkan rumah tersebut akan terbentuk seperti pulau.
“Malah, rumah itu juga tidak boleh dilihat dari jauh. Sekiranya ada yang ingin melihat rumah itu mereka perlu menaiki kapal,” kata sumber yang dipetik daripada Daily Star.
Dalam pada itu, dikhabarkan tempat tersebut juga bakal didirikan sebuah gereja, padang tenis dan dua kolam renang.
Malah, lokasi itu juga dikatakan bakal menjadi tempat perkahwinan penyanyi itu.
sumber : http://www.suarapeople.com/2012/07/rumah-baru-lady-gaga/