BTC USD 83,509.9 Gold USD 4,123.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rukun Taubat

tahajjud

Fun Poster
Messages
281
Joined
Jun 28, 2013
Messages
281
Reaction score
370
Points
31
Taubat itu terdiri dari 3 rukun
1. meninggalkan maksiat yang telah dilakukan
2. menyesal atas perbuatannya kerana Allah swt
3. Berazam untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut

sekiranya melibatkan manusia

4. Mohon maaf kepada yang terlibat contohnya sekiranya kita termakan makanan tanpa minta izin dari tuannya. Jumpa tuan tersebut nyatakan kesalahan kita, kita bayar ganti rugi atau minta dihalalkan.

1390531_374203142712073_912068412_n.png
 
tang menyesal tu org susah nak buat...dah keras hati dgn dunia...menyesal sepenuh penuhnya dgn mengingati dosa2 kecil dan besar yg tlah kita lakukan sebelum ini sehingga menitiskan airmata...
 
sama-sama kita usaha untuk bertaubat setiap hari
Tiap-tiap hari kita perlu bertaubat kerana ianya sunnah Nabi saw

[Abu Hurairah] berkata; saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (meminta ampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari tujuh puluh kali.”[HR. Shahih Bukhari]

Nabi saw maksum tidak berdosa bertaubat lebih dari 70x setiap hari

Kita yang penuh dengan dosa ini bagaimana?

Cuba Muhasabah diri kita

Berapa kali kita beristighfar semalam?

Apa dosa yang telah aku buat hari ini?

Mulai hari ini usahakan diri kita untuk beristighfar setiap hari

Semoga Allah mengampuni dosa kita semua
 
Jangan malu dan jangan segan untuk bertaubat kepada Allah swt
Jangan putus asa untuk bertaubat
Teruskan bertaubat setiap hari
Ingatlah Allah swt Maha Pengampun
 
Bump untuk pagi ini
Marilah kita sama-sama bertaubat setiap hari kerana Rasulullah saw bertaubat pada setiap harinya seperti didalam hadis dipost sebelum ini

[Abu Hurairah] berkata; saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (meminta ampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari tujuh puluh kali.”[HR. Shahih Bukhari]

Mari sama-sama kita hidupkan Sunnah Nabi saw dengan bertaubat setiap hari
 
setiap manusia pasti melakukan kesilapan..sama2 lah kita muhasabah diri
 
Back
Top
Log in Register