ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Eng Hin (tengah) meneliti laporan polis dan dokumen yangdiserahkan Boon Piew kepadanya semalam.
GEORGETOWN - Seorang peniaga kerugian RM15,888 apabila sebuah syarikat menjual kereta di Juru didakwa menipunya dalam urusan jual beli, dua tahun lalu.
Tan Boon Piew, 24, berkata, semuanya bermula selepas dia berjumpa dengan jurujual syarikat berkenaan untuk membeli kereta baru.
Menurutnya, dia bertemu dan berbincang dengan jurujual kereta pada 17 Oktober 2013 di syarikat berkenaan lalu menyerahkan wang tunai RM8,000 kepadanya.
"Selepas memberi duit deposit itu, jurujual itu memberitahu saya akan dapat kereta saya enam hari kemudian namun tiada. Sekali lagi saya berjumpa dengannya dan dia mengatakan wang deposit sebelum ini tidak mencukupi.
"Dia minta saya bayar lagi RM7,888 dan RM250 untuk pendaftaran kereta tetapi saya tidak terima kereta itu sehingga hujung bulan berkenaan," katanya kepada media di Pejabat MCA negeri semalam.
Boon Piew berkata, selepas insiden itu, dia langsung tidak berjumpa jurujual berkenaan walaupun kerap kali menghubunginya.
"Menyedari saya ditipu, saya sekali lagi ke syarikat berkenaan dan berjumpa pegawai di cawangan syarikat itu. Selepas memberi penerangan, pegawai berkenaan memberitahu duit yang diterima syarikat hanya RM500.
"Saya kemudiannya membuat laporan polis pada 25 Oktober 2013," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Pengaduan MCA negeri, Tan Eng Hin berkata, Boon Piew meminta bantuan darinya pada 29 September tahun lalu untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
"Selepas mendengar masalah dia, saya menghubungi pegawai syarikat menjual kereta itu. Dia berjanji mahu jumpa mangsa untuk selesaikan masalah ini namun sehingga hari ini tidak tunaikan janjinya itu," katanya.