BTC USD 86,592.4 Gold USD 4,156.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rugi... Rugi....

rizalstudio

Active+ Member
Messages
2,668
Joined
Jan 8, 2009
Messages
2,668
Reaction score
690
Points
71
Ruginya kita bila bersedekah, buat kebajikan, menolong orang, sedekah anak yatim, derma masjid, tolong org tua atau memerlukan tapi TAK DAPAT APA-APA PAHALA..

Hanya kerana kita CERITAKAN KAT ORANG... walaupun kat orang yang terdekat.. walaupun cerita kat facebook..

Kenapa?

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia”
[QS. Al-Baqarah: 264]

Riya membuat amal sia-sia sebagaimana syirik.
(HR. Ar-Rabii’)

Ulasannya:
Bila kita menderma kita rasa ikhlas dan bahagia dapat bersedekah untuk ALLAH tapi bila kita bercerita kepada awek, bini, laki, mak, kawan dan lain2.. apa yg kita fikirkan?

"MESTI DIORANG BANGGA NGAN AKU"
"BARU AWEK AKU TAU AKU NI PEMURAH"
"BARU DIORANG KENAL AKU MACAMMANA"

bukankah itu riya'?

Sedekah dan berbuat baiklah dengan IKHLAS kerana ALLAH.. Biar tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak tahu.. Semuga tanamkan niat kita bersedekah kerana ALLAH dan simpanlah rahsia kebajikan anda hanya ANDA dan ALLAH yang mengetahui. Dan semuga sedekah kita mendapat berkat..
 
rugi besar buat cek besar2 masuk sokabar...
 
Bila bergaduh mula la ungkit balik kebaikan yang dibuat..alasan supaya kau sedar.. Tp nasi da jadi bubur.. Satu pahala pun xpt hehehe
 
Zahirkan amal tak salah..tapi lebih baik disembunyikan..

Cerita kat orang dengan niat yang betul pun x salah..tapi lebih baik sembunyikan..

Yg salah kalo mengungkit..tidak ikhlas..riya'..ujub..syirik dlm melakukan amal dsb..

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.(Al-Baqarah:271)
 
terima kasih TT sebab ingatkan...inilah hikmah berpesan-pesan pada kebaikan,kita manusia selalu alpa...
 
Back
Top
Log in Register