TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Marang: Seorang pengurus di sebuah bengkel kereta di Kuala Terengganu berputih mata apabila kerugian kira-kira RM90,000 selepas rumahnya dipecah masuk di Kampung Batu 9, Bukit Payong, di sini, kelmarin.
Kejadian disedari isterinya, Norhafiza Mohamed, 34, kira-kira jam 2.15 petang, yang pulang ke rumah itu bersama tiga anak berusia dua hingga enam tahun.
Pelbagai barangan berharga, termasuk sembilan jam tangan pelbagai jenama iaitu Rado, Rolex, Lumimox dan 511, dua rantai emas, satu gelang tangan emas, sebuah komputer riba dan wang tunai RM15,000 untuk membayar hutang pendawai elektrik lesap.
Turut hilang beberapa bentuk cincin dan batu permata yang berharga lebih RM30,000, barangan antik seperti serpihan tanduk rusa, seribu jenis kayu ubat, serpihan gading gajah, batang paip rokok tanduk rusa dianggarkan berjumlah RM17,500; satu kamera digital dan satu kamera video.
Mangsa, Eshamuddin Shah Muda, 35, berkata ketika isterinya membuka pintu utama rumah itu, dia terkejut apabila melihat pintu dapur terbuka dan tidak berani masuk ke dalam kerana sebelum keluar rumah pada sebelah pagi ke tempat kerja, semua pintu sudah ditutup.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/articles/2013041208175220130412081752//Article