Manage your money!
Hehe.. bunyi macam senang tapi part yang paling susah utk aku setting

Apa yang aku & wife buat, wife aku,dia labur ke tempat selain forex ( yang ni mmg kasi income walaupon tak sesedap forex dikata forex pulangan +ve profit)
Tahap aku utk merentasi dunia forex masih dikira baru ( sekitar 3 tahun ) berbanding wife aku dari 8 tahun lalu kerja dgn satu kampeni manage akaun yang berpusat di ampang #:-S. Aku pon byk belajar dari dia :"> ( dulu aku degil kata forex tipu, tapi skrg aku addict forex

)
Sebahagian duit yang aku manage sendiri di dalam forex, ada kala keuntungan -ve dan ada kala +ve. Aku rasa perkara ni biasa/standard di kalangan trader kecuali trader yang dah melepasi tahap ni..
Perkara yang aku pelajari ada beberapa perkara utk meminimakan risk
1. gunakan lot sekecil mungkin. Reward kecik tapi pon kecik. SL mungkin tidak perlu kerana float sejauh mana pon tidak MC.
2. pecahkan modal forex anda kepada beberapa broker. Perkara ni diamalkan oleh seorang forumer CG (rahsia) hehe.. Hampir setiap broker dia ada akaun & berisi. Katanya setiap broker mempunyai teknikal yang berbeza. So kerja dia adalah open MT4 broker A, open position & set TP. Buka MT4 broker B plak, buat perkara yang sama, dan seterusnya broker C dan seterusnya ( aku terpengaruh dgn cara ni & insyaallah awal bulan depan aku start

)
3. setkan jumlah keuntungan USD yg anda ingin kejar utk hari ni, mgu ni & bulan ni. Tercapai je terus tutup ( aku sendiri tak kuat utk folo rules ni

Gian berenang di lautan forex

) kerana itu mempunyai beberapa akaun lebih baik dari anda manage duit anda di 1 akaun sahaja

<<--- pendapat saya saja eh.
Mungkin ada beberapa lagi yang selama ini saya alami tapi buat masa skrg tak terlintas di fikiran utk dicoretkan disini.
Cuma trader tegar seperti saya yang bertrading setiap minggu, saya dapati didalam seminggu, ada masa yang di panggil 'kritical time' dan ada masa2 yang di panggil 'reward time'
Kritikal time boleh jadi di awal minggu dan boleh jadi di pertengahan minggu dan boleh jadi di akhir minggu. #:-S begitu juga dgn yang di panggil reward time, keadaan yang sama dgn kritikal time. Cuma anda harus beringat, sekiranya di waktu anda menghadapi kritikal time di awal minggu, adakah akaun anda bertahan utk bertemu reward time?? Disini rules no 1 di atas sangat2 membantu anda bertemu reward time utk minggu itu
Apa pon pesanan aku diatas, bukan bermakna aku dh menguasai, aku juga masih berusaha ke arah itu ( lawan diri sendiri yang paling susah #:-S )
Sekiranya anda kaki rempit macam aku, MC adalah mainan perjalanan forex anda :"> Sekiranya anda driver yg slow & steady, 90% anda selamat kecuali si rempit langgar anda


( market crash la tu

)
ada baiknya anda buka 3 akaun. 1 utk rempit, 1 bersederhana & 1 lot comel2 je

) <---- ni pesanan utk aku sebenarnya & yang terakhir aku nk bebel di sini ialah 'dont stop learning'
Belajar skill orang lain, teknik orang lain & money management orang lain akan membuatkan anda mengolah kesemuanya menjadi sistem anda, cara anda & acuan itu selesa dgn anda & anda pon selesa dgn acuan itu
Sekian, penat membebel.... aku nk sambung mengemas rumah sat
