combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,197
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,197
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kredit : MRT Corp
Pembinaan projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura mencapai satu lagi detik penting berikutan siapnya pemasangan lengkuk keluli fakad atau bahagian hadapan Stesen Bukit Chagar di sini hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Datuk Mohd Zarif Hashim berkata jalur dalaman itu membentuk bumbung stesen, sekali gus menyediakan perlindungan kekal di kawasan platform serta memberikan struktur dan identiti utama kepada stesen berkenaan.
Beliau berkata pencapaian penting ini membawa projek itu selangkah lebih dekat kepada kesediaan operasi, seiring dengan sasaran tarikh mula perkhidmatan pada 31 Dis 2026.
“Penyiapan jalur dalaman ini juga membolehkan kerja fakad (bahagian depan) memasuki fasa terakhir, dengan pemasangan lapisan luaran dan kaca sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata kerja pemasangan tersebut telah dianugerahkan kepada Rohas Sediabena Builders Consortium Sdn Bhd, iaitu usaha sama antara Rohas-Euco Industries, anak syarikat milik penuh Rohas Tecnic Berhad dan Sediabena Builders Sdn Bhd pada Januari 2024.
"Apa yang menjadikan pencapaian ini amat bermakna ialah pembangunan reka bentuk akhir, pembuatan, pembinaan dan pemasangan fakad telah dijalankan sepenuhnya oleh kontraktor Malaysia," katanya.
Beliau berkata pembinaan RTS Link secara keseluruhannya terus mencatatkan kemajuan jauh lebih awal daripada jadual, disokong oleh penyelarasan yang kukuh merentasi kerja-kerja awam, seni bina, sistem dan stesen.
Beberapa pakej pembinaan dijalankan secara serentak, membolehkan akses lebih awal untuk kerja-kerja susulan dan pemasangan sistem.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rohas Tecnic Amirul Baharom berkata fakad merupakan struktur yang kompleks dan memerlukan perancangan rapi, pembuatan yang diselaraskan serta pelaksanaan yang teratur.
RTS Link: Kerja-kerja Keluli Utama Bumbung Stesen Bukit Chagar Siap
RTS Link, fakad, MRT Corp, bumbung, Stesen Bukit