BTC USD 82,285.0 Gold USD 4,169.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Roti 1Malaysia

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
Rumah anak yatim dan rumah orang tua serta tuna wisma (orang tak berumah) terpilih di sekitar Lembah Klang akan menerima roti percuma setiap hari mulai hari ini menerusi program kebajikan 'Roti 1Malaysia'.

Pengerusi Roti 1Malaysia Datuk Anne Eu berkata pada dasarnya, BreadStory Group bersetuju menyediakan roti di bawah program tersebut menerusi penyertaan cawangannya.

Beliau berharap program di bawah naungan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie boleh dipertingkat melalui penyertaan bakeri lain serta hotel.

Sementara itu, Heng berkata program kebajikan berkenaan bertujuan membantu serta menyokong golongan kurang bernasib baik di Malaysia.

"Kita ingin berkongsi hasrat membantu serta menaik taraf mereka yang kurang bernasib baik untuk menjadi sebahagian daripada visi 1Malaysia, yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini merupakan satu cara wajar bagi mengelakkan pembaziran, dan pada masa sama, membantu mereka yang kurang bernasib baik," katanya ketika melancarkan program itu hari ini.

Heng berkata pelbagai persatuan belia serta sektor korporat akan terlibat mengedarkan roti berkenaan, dan sukarelawan dipelawa mengambil bahagian dalam program itu.

"Selain menerima sijil kerana menjayakan projek 1Malaysia ini, sukarelawan juga akan berasa bertanggungjawab dan menjadi sebahagian daripada usaha pembangunan bangsa," katanya.

- Bernama

82edbc363ab2bd13c0de352f1521af26.jpg
 
turunkan harga minyak selesai seluruh masalah...tu pon x tahu ke umno...kahkahkah
 
sibuk dok suruh rakyat berjimat beli benda lebih murah berapa sen..

yang barang2 lain naik ringgit2 mcm orang gila tuh x masuk paper lak..

cantek..
 
sibuk dok suruh rakyat berjimat beli benda lebih murah berapa sen..

yang barang2 lain naik ringgit2 mcm orang gila tuh x masuk paper lak..

cantek..

politik 1malaysia bro
xkan x faham2 lg:D:D
 
napa x beli teropong 1 mesia je...murah la sikit...kahkahkah
 
pandai gak chinese2 amik peluang buat bisnes.. nnti yang bli nye melayu jek
 
Back
Top
Log in Register