BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rosmah Mansor bagi amaran

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
Jangan mudah percaya berita di internet - Rosmah

image.jpg


KUALA LUMPUR - Pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara dinasihat supaya tidak mudah mempercayai sebarang khabar angin atau fitnah yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab di internet.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor semasa memberikan nasihat itu berkata sebagai golongan terpelajar mereka tidak seharusnya mudah mempercayai sesuatu berita sebaliknya perlu menggunakan kewarasan akal untuk menilai kesahihannya.

"Jangan dengar fitnah...mereka ada peluang untuk belajar di luar negara, gunakan peluang itu dan gunakan akal fikiran untuk nilai sebarang isu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan anggota Kelab Umno Luar Negara di sini hari ini.

Rosmah berkata pelajar berkenaan juga perlu memanfaatkan ilmu yang diperoleh semasa di luar negara untuk membantu kerajaan menjayakan segala program yang diatur terutama dalam bidang pelajaran.

"Saya nasihatkan pelajar ini belajar bersungguh-sungguh, mana yang baik bawa pulang ke Malaysia untuk bantu kerajaan dan mana yang tak baik tinggalkan," katanya.

Mengulas mengenai pertemuan itu, Rosmah berkata ia dibuat sebagai memenuhi permintaan pelajar berkenaan yang ingin mengetahui pelbagai perkara termasuk Program Permata Negara yang dinaunginya.

Pertemuan dihadiri 65 perwakilan dari lima Badan Perhubungan Negara iaitu United Kingdom, Indonesia, Australia-New Zealand, Mesir dan Rusia.

sumber
 
budak tu lg pandai pk dari mak mah..

toksah diajar..

:):):)
 
ko tggu next PRU nnti..
bru ko tahu langit tue tggi ker rendah..
 
Back
Top
Log in Register