PETRONAS adalah syarikat milik Malaysia yang boleh dikatakan juga ia milik orang ISLAM.
Saya sentiasa mengibarkan sentimen “Belilah barangan buatan Malaysia” dan “Belilah barangan yang diusahakan Muslim” di dalam keluarga, setiap masa.
Kukuhnya PETRONAS, maka akan kukuhlah ekonomi negara, bangsa & ummat ISLAM, insyaALLAH.
Penubuhan PETRONAS setahu saya tak sama macam syarikat2 lain. Ia mempunyai sejarahnya tersendiri yang menyebabkan ianya tertubuh. Kekayaan yang telah ALLAH kurniakan kepada Malaysia, sebahagiannya telah disalurkan melalui sumber galian yang diteroka dan diurus oleh PETRONAS.
Melalui dana yang disumbangkan dan cukai yang diperolehi kerajaan dari PETRONAS telah membolehkan kemakmuran dan pembangunan negara terlaksana. Tanpanya, saya kira sangat sukar. SubhanALLAH, Maha Pemurahnya ALLAH.