BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RON95 RM1.50 seliter akhir Jan?

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
10403217_1524028004512029_5769827501343233372_n-300x184.jpg



KUALA LUMPUR – PKR terus mengkritik sistem penentuan harga minyak secara bulanan oleh kerajaan, yang terus menyaksikan harga runcit petrol RON95 lebih mahal daripada harga pasaran.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, berdasarkan mekanisme sedia ada pun, harga RON95 telah jatuh ke paras RM1.62 seliter pada 9 Januari lalu, LAPOR Malaysiakini

“Keadaan ini akan berterusan dan tidak mustahil menjelang akhir Januari 2015 harga RON95 (mengikut formula yang ditetapkan BN sendiri) akan jatuh ke paras RM1.50 seliter,” kata Rafizi.

Bagaimanapun, kata Rafizi, sistem penentuan bulanan sekarang menyebabkan rakyat Malaysia masih membayar harga RM1.91 seliter, 30sen hingga 40sen lebih mahal – perbezaan yang digelarnya sebagai “cukai tersembunyi”.

Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi juga mendesak Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hassan Malek mengumumkan mesyuarat tergempar berhubung perkara itu yang didakwa berlaku pada 9 Januari.

Menurut Rafizi, mesyuarat itu antaranya membincangkan cadangannya supaya sistem berasaskan stok konsainan (consignment stock) dilaksanakan dan harga minyak diturunkan setiap minggu.

“Saya juga menyeru supaya menteri KPDNKK membentang perkara-perkara ini dalam mesyuarat kabinet minggu ini dan satu keputusan diumumkan secepat mungkin bagi mengelakkan rakyat terus menjadi mangsa,” katanya
 
lepas harga turun lagi, dia bekap plak pengusaha minyak.. hehe
 
ada betul nya jg tu.. dan mcm 97 da xde jual skrg. susah sgt nak cari
 
harap2 kalau harga minyak tu betul2 turun lagi harga barangan pun dapatlah diturunkan juga.
 
harga minyak je turun... harga barang turun ke
 
harap2 kalau harga minyak tu betul2 turun lagi harga barangan pun dapatlah diturunkan juga.

harga barang turun? susah kot nak caya..nanti peruncit kate rege datang time dlu mahal mcm mane nak turun rege.... :(scam:(scam
 
Alhamdulillah kalau turun lagi, baru plan nak balik kampung jauh ni...
 
Back
Top
Log in Register