BTC USD 86,223.3 Gold USD 4,170.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Ron95 Northern bermasalah!

The Room

Legendary Member
gem
Messages
11,231
Top Poster #3
Joined
Feb 18, 2018
Messages
11,231
Reaction score
1,304
Points
206
Disiarkan pada: Oktober 4, 2026 @ 1:42pm

Butterworth: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menghantar sepasukan pegawai bagi menjalankan siasatan susulan dakwaan beberapa pengguna bahawa kenderaan mereka mengalami masalah selepas mengisi bahan api di sebuah stesen minyak berhampiran kawasan Batu Kawan.

Jurucakap KPDN negeri berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai dakwaan yang tular itu dan sedang meneliti perkara berkenaan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Terdahulu, beberapa hantaran di platform media sosial Threads mendakwa kenderaan mereka tidak boleh dihidupkan selepas mengisi bahan api di stesen minyak sekitar negeri ini.

Hantaran itu turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika mengisi minyak di beberapa lokasi di bahagian utara, khususnya di Pulau Pinang.

Menurut perkongsian beberapa pengguna, kenderaan yang sebelum ini berada dalam keadaan baik didakwa tiba-tiba gagal dihidupkan sebaik sahaja selesai mengisi bahan api.

Susulan itu, timbul dakwaan bahawa bahan api yang dibekalkan mungkin sudah dicemari, termasuk kemungkinan bercampur air, sekali gus mendorong orang ramai menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung punca sebenar insiden berkenaan, manakala siasatan masih dijalankan.
 
IMG_1048.png
 
Back
Top
Log in Register