BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rompak Emas RM500,000

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
21.6.2019 - Rawang, Kedai emas dalam pasar raya di Batu 16 di Rawang, dirompak empat lelaki dipercayai bersenjatakan pistol dan tukul besi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 3.59 petang.

Menurutnya, ketika kejadian, ada kakitangan wanita di premis terbabit, selain seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas dengan bersenjatakan cota.

"Empat suspek memakai topi keledar tutup muka penuh, jaket lengan panjang dan bersarung tangan dengan bersenjatakan pistol serta tukul besi dilihat memasuki premis berkenaan.

"Suspek kemudian memecahkan cermin pameran sebelum melarikan barang kemas berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Samsorberkata, kejadian itu menyebabkan kedai emas terbabit mengalami kerugian dianggarkan RM500,000.

"Siasatan lanjut berhubung kes itu sedang giat dijalankan termasuk mengenal pasti identiti suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata," katanya.



Screenshot-267.jpg


Screenshot-268.jpg


Berita asal http://www.kosmo.com.my/negara/keda...irompak-empat-lelaki-bertopi-keledar-1.921827
 
..geng kicap ke ni..
 
sorang pakai topi putih tu mcm pompuan jer... gaya dia jalan mcm pompuan...saiz badan mcm pompuan...
 
Time lari tu terjumpa polis trafik siap la kau.
 
Ni cam dah biasa buat ni,xlama g kena arr tu
 
Back
Top
Log in Register