BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,294.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rompak bank rakyat machang

Tadi lalu kat depan bank rakyat machang.. polis ramai dgr cite perompak nak bawa lari mesin atm.. gmbr tak ambik. Tak bawa hp masa tu. Kuar beli nasi je.. sape ade info boleh share. Kejadian awal pagi dgr cite.

1175398_10152329582012052_1046988487679874125_n.png


Machang: Cubaan dua lelaki bertopeng melarikan sebuah mesin ATM di pekan Machang menemui jalan buntu apabila gagal mengeluarkan lima peti berisi RM178,550, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superintendan Loo Lian Lai berkata, dalam kejadian 5.30 pagi itu suspek yang memandu kereta jenis Proton Waja dapat menarik keluar mesin berkenaan sejauh 50 meter.


Katanya, kejadian itu disedari seorang yang berada di lokasi kejadian.

"Saksi berkenaan ternampak mesin ATM itu terpelanting ke atas jalan raya berkenaan selepas ditarik oleh kereta itu.


"Suspek kemudian dilihat cuba mengeluarkan wang daripada mesin itu namun gagal sebelum beredar meninggalkan lokasi kejadian," katanya.


Loo berkata, pemeriksaan terhadap mesin itu mendapati tiada kehilangan peti duit.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 380/511 Kanun Keseksaan," katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DapatmesinATMtapitakdapatbawalari/Article/index_html
 
ceh tarik mesin sampai keluar nak kopak mesin atas jalan tu meme ****** arr
 
Back
Top
Log in Register