BTC USD 60,861.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rompak bank depan rumah

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
du_04.1.jpg

CHRISTOPHER WALKER merompak daripada Bank Loyds TSB (bulatan kecil) sebelum melarikan diri ke rumahnya di seberang jalan (bulatan besar).​

STRATEGI Christopher Walker merompak £25,000 (RM140,000) daripada sebuah bank di sini gagal setelah dia tangkap pihak berkuasa di dalam rumahnya yang terletak hanya kurang 50 meter dari tempat kejadian.

Sebuah akhbar melaporkan, Walker menyerang seorang pengawal keselamatan Bank Lloyds TSB dengan sebatang cota sebelum melarikan wang berkenaan.

Sejumlah saksi kemudian melihat suspek berlari melintasi jalan di Lea Village, Birmingham.

Berikutan kesalahan itu, Walker, 19, dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Birmingham Crown kelmarin setelah mengaku salah terhadap rompakan pada 22 Oktober lalu.

"Saya menerima permohonan maaf anda dan kejadian itu tidak dirancang kerana nafsu menguasai diri anda," kata Hakim Sylvia De Bertodano. - Agensi
 
"Saya menerima permohonan maaf anda dan kejadian itu tidak dirancang kerana nafsu menguasai diri anda," kata Hakim Sylvia De Bertodano.

pehhh...nasib baik dimaafkan :p
 
jimat minyak... xyah susah2 rompak bank yg jauh
 
boleh pulak sesuka je rompak...
 
nak mamam free dlm jel la ni..
 
"Saya menerima permohonan maaf anda dan kejadian itu tidak dirancang kerana nafsu menguasai diri anda," kata Hakim Sylvia De Bertodano.

pehhh...nasib baik dimaafkan :p

klu dia rompak xde nafsu mesti kne hukuman berat ni
 
Hahahaha....apa k sengal punya perompak..
 
Back
Top
Log in Register