BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rollti Peroleh Sijil Halal Di Empat Cawangan, Perkukuh Jenama Mesra Muslim

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
1e055f863ccc0d3db9340191a4e5ff0c68592adce5594

fca0cecdc0393a975e51c3899261a6f168592acb9ec86

c36c8ae96020e95b059e057411dae0fe68592abd2b4bf


Rollti, sebuah syarikat makanan tempatan yang mengkhusus dalam menyajikan roti canai dengan pelbagai inti unik berkonsepkan citarasa Malaysia, memperoleh empat sijil halal baru-baru ini dalam tempoh kurang enam bulan.

Pengarah dan Pengasas Rollti Fred Chan berkata pensijilan itu menjadikan lima daripada enam cawangan kini secara rasmi disahkan halal.

Beliau berkata pensijilan halal ialah keutamaan syarikat berkenaan bagi membolehkan jenama itu menyajikan hidangan kepada penduduk Islam di negara ini dan ia akan memastikan aspek rantaian bekalan dan amalan di dapur sentiasa mematuhi standard halal.

"Hal ini termasuk mendapatkan bahan mentah yang disahkan halal, pelabelan yang betul dan amalan petugas termasuk memastikan sekurang-kurangnya dua pekerja Muslim berada di setiap cawangan yang disahkan halal.

"Kami juga melakukan audit halal secara berkala setiap suku tahun untuk memastikan kami mematuhi standard halal di Malaysia, dan semestinya piawaian halal di negara ini amat tinggi, jadi kami perlu mematuhinya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di cawangan Rollti di sebuah pusat beli-belah, di sini hari ini.

Beliau berkata Rollti merancang untuk memohon sijil halal bagi cawangan antarabangsa di Gandaria City Mall di Jakarta, Indonesia dan Republic Plaza di Singapura, yang bakal dilancarkan masing-masing pada pertengahan Ogos dan November ini.

Memandangkan roti canai ialah asas kepada produk Rollti dan sebahagian daripada warisan Malaysia, Chan berkata syarikat itu berhasrat mengekalkan penjenamaan yang betul termasuk mencapai visi dan misi jelas ke luar negara melalui pematuhan halal.

"Terdapat ramai golongan muda di kedua-dua lokasi berkenaan, pastinya mereka mencarikan sesuatu yang pantas, mudah dan unik – seperti gulungan roti canai – yang jarang dijumpai, terutamanya di Jakarta. Jadi, kami mengambil langkah berani dan berkembang ke negara baharu," katanya.

Sementara di Malaysia, syarikat itu turut merancang untuk memperluas operasi, khususnya di Lembah Klang dan Johor, namun memberi lebih tumpuan kepada pengembangan di luar negara kerana mereka menerima sokongan daripada kerajaan melalui pelbagai geran.

 
Back
Top
Log in Register