BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Roller coaster 4 dimensi pertama di dunia

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
lu_12.1.jpg

Roller coaster 'Batman: The Ride' mampu bergerak pada pada berkelajuan 86.9 kilometer sejam. - AGENSI


TEXAS 1 Sept. - Syarikat taman tema terkenal di rantau Amerika, Six Flags Entertainment Corp kini sedang membina roller coaster empat dimensi pertama di dunia di Fiesta Texas Park, di sini.

Mail Online melaporkan, roller coas*ter yang dikenali sebagai 'Batman: The Ride' itu dijangka beroperasi sepenuh*nya pada bulan Julai tahun depan.

Apa yang menarik tentang roller coas*ter tersebut adalah keupayaan kerusi penumpangnya untuk berputar 360 darjah sebanyak enam kali sepanjang perjalanan melalui trek yang mencabar.

Mampu bergerak pada kelajuan 86.9 kilometer sejam, kedudukan tertinggi roller coaster yang mempunyai lima gerabak dengan setiap satunya mampu memuatkan lapan orang penumpang itu dari aras tanah adalah setinggi 32 meter.

Tarikan terbaharu itu mempunyai sedikit persamaan dengan roller coaster 'Green Lantern: First Flight' di sebuah taman tema Six Flags di California.

Presiden Fiesta Texas Park, Martin Bozer berkata, setiap tahun pihaknya berusaha untuk menyediakan lebih banyak inovasi dan keseronokan kepada pengunjung.

"BATMAN: The Ride mempamerkan satu konsep baharu dalam dunia kejuruteraan dan akan memberi pengalaman yang berbeza berbanding roller coaster sedia ada.

"Berputar pada keadaan yang tidak dijangka akan menambahkan lagi ke*seronokan dan keadaan akan menjadi lebih menarik apabila melalui jalan yang mencabar," jelas Bozer.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Luar_Ne...-empat-dimensi-pertama-di-dunia#ixzz3C6krKLnz
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Sebab aku ni ade masalah gayat dan risau melampau

Inilah permainan yg aku perlu jauhi walaupun ditawarkan duit yg menimbun
 
laju betul tu, hati keras je blh naik nie.
 
Cambest jek...

Hilang stress terjerit2 tak tentu hala
 
utube bsepah ppuan mcm inzal je ak tgk naik rc ni
 
bile nk wt kt mesia lak,leh kawe try
 
yg kt genting dlu mule2 naik menjerit2 jgk aku,bile kali ke 2 dah rase mcm xde pape dah..mcm mr.bean naik roler coster
 
Back
Top
Log in Register