BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rokok seludup RM30.5j dirampas

REMEDY KARUNG GUNI

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,484
Paid Membership
Joined
Feb 11, 2008
Messages
33,484
Reaction score
414
Points
136
SEBERANG JAYA - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Pulau Pinang mencatat kejayaan besar apabila berjaya mematahkan lima cubaan menyeludup masuk rokok dan tembakau dalam tempoh dua minggu sejak akhir Mac lalu.

Menurut Pengarah Kastam negeri, Datuk Matrang Suhaili, rampasan bernilai kira-kira RM30.5 juta itu merupakan yang terbesar pernah dilakukan oleh kastam negeri itu awal tahun ini.

Katanya, dalam operasi pertama di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) kira-kira pukul 3 petang 29 Mac lalu, anggota Kastam Bahagian Pencegahan menahan dua kontena yang diikrar mengandungi rokok.

"Hasil pemeriksaan mendapati kontena itu berisi rokok putih berjenama Zone King dan Paradox yang dibawa masuk secara tidak sah dan tidak mematuhi tatacara jualan rokok di negara ini kerana tiada gambar kesan amalan merokok pada kotak.

"Rokok-rokok bernilai RM10.5 juta itu dibawa masuk dari Vietnam," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Jelas beliau, dalam operasi kedua pada 7 April di pelabuhan yang sama, dua kontena yang mengandungi rokok bernilai RM10 juta dirampas kerana turut didapati tidak mengikut peraturan yang sah.

Di pelabuhan berkenaan, pihak kastam pada hari tersebut turut berjaya mengesan sebuah lagi kontena mengandungi rokok seludup dari Kemboja bernilai RM5.15 juta yang menggunakan Borang Kastam 1 palsu.

Sumber: Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register