BTC USD 60,988.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Rokok seludup RM1 juta dirampas

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,255
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,255
Reaction score
1,661
Points
201
Rokok seludup RM1 juta dirampas
FB_IMG_1641285732974.jpg

JOHOR BAHRU: Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 7,500 karton rokok tidak bercukai dianggarkan bernilai RM1.32 juta dalam serbuan di sebuah kilang kosong di Jalan Mutiara Emas, Taman Mount Austin, pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang, berkata dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun ditahan ketika memandu keluar dari pagar premis berkenaan.

Katanya, siasatan mendapati premis itu dipercayai dijadikan tempat penyimpanan sementara bagi penyeludupan rokok sebelum diedarkan di sekitar bandar raya ini.

"Kegiatan yang beroperasi sejak tiga bulan lalu itu dipercayai memperoleh bekalan dari negara jiran.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967, selain tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang media di Pusat Stor Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor, hari ini.

Katanya, orang ramai diminta menyalurkan maklumat mengenai kegiatan menyalahi undang-undang di sekitar perairan negara terutama dalam menangani isu penyeludupan.

"Selain pembabitan sindiket, premis akan digempur dalam operasi khas bagi membanteras kegiatan penyeledupan dari semasa ke semasa," katanya.

Sumber: Berita Harian
 
Hisap jual rokok halal (di benarkan) asalkan cukai berbayo

Hisap jual rokok haram (dilarang) gara2 elak cukai

Tak perlu tunggu kajian kesihatan 😂
Duit2 di mana ko duitttttt hehe
 
Back
Top
Log in Register