BTC USD 60,548.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rokok hasilkan permaidani unik

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
image.jpg


RICHMOND - Siapa sangka ratusan ribu rokok boleh menghasilkan kerja seni unik seakan menyerupai permaidani bulu harimau.

Seorang artis berpengaruh kelahiran China, Xu Bing, 56, menggunakan kepakarannya menghasilkan permaidani dengan 500,000 batang rokok sebagai simbol perdagangan global selain memberi peringatan mengenai bahaya tabiat tidak sihat itu.

Jurucakap Muzium Virginia tersebut menyatakan projek permaidani Xu Bing itu menggambarkan hasil seni seorang artis kontemporari dan inovatif kerana beliau telah melakukan kajian terhadap pengeluaran tembakau di beberapa negara sebelum ini.

“Beliau telah melawat ladang tembakau, gudang dan kilang rokok sebelum memulakan projek untuk pameran tersebut,” menurut jurucakap muzium itu lagi.

Kurator Jabatan Seni Moden, turut menyatakan pengunjung juga berpeluang untuk melihat buku dicetak menggunakan kotak mancis dalam pameran tersebut.

sumber
 
hoho, letih siot kalo nak susun satu2 tu

 
Back
Top
Log in Register