BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rokok dah naik harga RM50??

lanst

Active+ Member
Messages
4,968
Joined
Aug 6, 2009
Messages
4,968
Reaction score
77
Points
30
Kempen ‘Tak Nak Merokok’ makan belanja besar…kesannya belum pasti






Cuba teka berapa banyak wang yang kerajaan peruntukkan untuk kempen “Tak Nak Merokok” .Soalan ini dikemukakan di Dewan Rakyat Isnin.Nampaknya sepanjang tempoh kempen selama lima tahun itu jumlahnya bukan sedikit.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Lee Kah Choon yang menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras), berkata pada masa sekarang masih terlalu awal untuk menentukan keberkesanannya dalam mengurangkan perokok memandangkan ia baru enam bulan dilancarkan.

Beliau memberitahu peruntukan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk kempen itu adalah sebanyak RM17 juta.

Daripada jumlah itu, katanya RM5.67 juta dibelanjakan untuk pengiklanan luar seperti papan iklan di kawasan luar bandar, RM3 juta untuk pengiklanan serupa di kawasan bandar, RM3 juta untuk iklan di televisyen dan RM2.5 juta untuk pengiklanan di akhbar.

Sebanyak RM700,000 dibelanjakan untuk iklan di radio, RM250,000 untuk iklan di majalah, RM200,000 untuk iklan di pawagam manakala bakinya adalah untuk bahan-bahan penerbitan dan belanja pengurusan, katanya.

Menyentuh tentang kenaikan harga rokok Lee berkata statistik di Singapura menunjukkan kenaikan harga rokok secara berterusan berjaya mengurangkan jumlah perokok di republik itu.

Menurutnya ia membuktikan kenaikan harga rokok mempunyai kaitan langsung dengan jumlah perokok.

"Kenaikan cukai rokok adalah antara beberapa program yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan perokok di negara ini. Jika harga rokok naik secara berterusan ia akan mengurangkan mereka yang merokok seperti yang ditunjukkan oleh statistik Singapura," katanya .

Tan ingin mengetahui rasional kerajaan menaikkan cukai ke atas produk itu secara berterusan dalam Bajet 2005 yang dibentangkan Jumaat lepas.

Kepada soalan tambahan Datuk Raja Ahmad Zainudin Raja Omar (BN-Larut), Lee berkata pengharaman rokok tidak sesuai dilakukan kerana tidak ada satu negara di dunia pun yang mengharamkan rokok.

Bagaimanapun katanya, daripada segi agama, Majlis Agama Islam negeri boleh memainkan peranan kerana mereka boleh mengeluarkan fatwa mengatakan merokok itu haram bagi mereka yang beragama Islam.

"Ada Majlis Agama negeri yang telah mengatakan ia haram tetapi tidak semua Majlis Agama negeri bersependapat dengan perkara itu," katanya.

Sementara itu di PUTRAJAYA, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Isnin berkata kerajaan sedar kenaikan duti eksais bagi rokok yang diumumkan dalam Bajet 2005 akan membawa kepada peningkatan penyeludupan bahan itu tetapi ia dilakukan demi kesihatan rakyat.

Perdana Menteri berkata Perbendaharaan dan Jabatan Kastam telah mengambil langkah awalan bagi mempastikan penyeludupan dapat dihapuskan.

"Memang ada orang dah beritahu duti eksais itu nampak agak tinggi. Tetapi kita berpendapat amat penting cukai itu dikenakan.

"Dan kitapun sekarang ini sedang berkempen supaya rakyat kita tidak menghisap rokok demi kesihatan mereka," katanya pada sidang berita di Kementerian Kewangan .

Ketika membentangkan bajet sulungnya Jumaat lepas, Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata duti eksais rokok dinaikkan daripada RM58 kepada RM81 bagi setiap 1,000 batang.

Beliau berkata kenaikan duti eksais itu dijangka membawa pendapatan RM300 juta kepada kerajaan.

"Dengan adanya cukai itu, saya percaya ia akan membawa kesan yang baik kepada masyarakat," katanya

>Dipetik dari AgendaDaily.com

__________________________________________________________

Perbincangan saya ialah..Kita

berkempen suruh berenti merokok tapi penjualannya terus berleluasa..

Apakah haramkan aje penjualan rokok kat Msia ni, atau pun naikkan harga sampai RM50-80 sekotak..


Camne nak berenti ni ha!!! ada idea tak??

p/s: mod kalau thread ni dah ada tlg deleted..tq
 
aku pun duk pikiaq lagu mana nak berenti ni...
 
Singapore bleh haram chewing gum,apsal malaysia tak bleh haram rokok plak??
 
kalau mcm itulah mmg kena hisap surya sampai matilah lepas nih.
 
lyn lenteng jelah kalu rokok dh mahal sgt...back to zaman dulu2....:)):))
 
Back
Top
Log in Register