BTC USD 61,874.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Robot Pencuci Rambut 24 Jari

are_bedin

Fun Poster
Messages
570
Joined
Nov 14, 2009
Messages
570
Reaction score
14
Points
15
Robot%2BPencuci%2BRambut%2B24%2BTangan.jpg


Perkembangan dunia teknologi membuatkan manusia mencipata pelbagai mesin atau robot untuk memudahkan kerja.
Di Jepun, firma elektronik terkenal, Panasonic, telah merekacipta sebuat robot mencuci rambut.

Robot ini kelihatan seperti sebuah kerusi di salon yang di'upgrade', tetapi ia mampu menggenggam rambut bagaikan genggaman tangan manusia.
Kelembutan sentuhannya direka supaya tidak merosakkan rambut.

"Dengan menggunakan teknologi robotik tangan dan 24 jari robot, robot ini mampu mencuci rambut dengan lebih bagus berbanding keupayaan tangan manusia," kata Tohru Nakamura, salah seorang pereka robot ini.

Namun, robot pencuci rambut ini masih belum dijual di pasaran buat masa ini. Harganya masih belum ditetapkan.
Panasonic merancang untuk membuka jualan tahun depan dan mensasarkan rumah penjagaan dan hospital sebagai pelanggan terawal.

sumber
 
Klo robot yg bwat sume keje, makin ramai yg tnm anggur jpgi :(
 
Back
Top
Log in Register