Encik Hasrol
Fun Poster
- Messages
- 512
- Joined
- Jun 4, 2014
- Messages
- 512
- Reaction score
- 7
- Points
- 15
Robomarkets sebuah broker antarabangsa yang berpusat di Limassol, Cyprus kini telah berjaya memiliki lesen operasi daripada pihak berkuasa Malaysia melalui Labuan Financial Services Authority (LFSA). Dengan nama baru, Robomarkets Asia Ltd menawarkan kepada pelanggan mereka leverage sehingga 1:100 dan menggunakan model Straight through processing (STP) sepenuhnya. Robomarkets Asia kini telah mempunyai pejabat operasi di Financial Park, Wilayah Persekutuan Labuan dan sebelum itu telah mempunyai sebuah pejabat pemasaran mereka di Kota Kemuning, Shah Alam. Robomarkets Asia ltd dijangka akan melancarkan laman web baru mereka pada pertengahan bulan Oktober 2019 ini.
Walau bagaimanapun, Robomarkets Asia LTD melalui lesen ini adalah dilarang sama sekali untuk mengambil pelanggan "retails" daripada Malaysia, kecuali pelanggan professional seperti entiti sah berdaftar, syarikat insurans dan sebagainya.
sumber: Labuan FSA
Selain Malaysia, Robomarkets group mempunyai lesen dari pihak berkuasa Cyprus dan satu lagi di Belize. Syarikat juga menerima lesen dari Bank Negara Republik Belarus pada bulan Mei tahun ini.
Tujuan lesen yang berbeza digunakan untuk menyasarkan kawasan yang berbeza. Lesen Belarus, sebagai contoh, digunakan untuk menarik pelanggan dari negara-negara Komanwel. Manakala Lesen Labuan FSA untuk pelanggan dari negara2 ASEAN contohnya.
sumber lain: Finance Magnet