BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Robles hitung nasib

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
su_061-2.jpg

ROBLES memburu gelaran sulung pada Kejohanan Olahraga Dunia 2011 yang membuka tirainya di Daegu, Korea Selatan hari ini.


DAEGU, Korea Selatan - Kejohanan Olahraga Dunia 2011 membuka tirai secara rasminya hari ini.

Barisan bintang dunia akan berkampung di Daegu selama lapan bagi memburu kemasyhuran ditabalkan selaku juara dunia bagi edisi kali ini.

Selain acara 100 meter yang menampilkan penyandang juara, Usain Bolt dari Jamaica, saingan 110 meter lari berpagar lelaki sudah pasti menjadi tumpuan dalam kalangan peminat sukan olahraga di seluruh dunia.

Ini kerana, acara tersebut sekali lagi bakal menampilkan tiga pelari termasyhur abad ini - Dayron Robles dari Cuba, Liu Xiang (China) dan David Oliver (Amerika Syarikat).

Bagi Robles yang juga juara Olimpik, dia hadir ke Daegu dengan misi meraih emas sulung Kejohanan Dunia.

Bagaimanapun, Robles awal-awal lagi sudah dapat meramlkan persaingan sengit yang bakal diterima khususnya daripada Liu Xiang dan Oliver.

"Hanya dengan satu kesilapan, semuanya akan musnah. Kamu harus melakukan permulaan yang baik dan tidak harus membuat silap," kata Robles.

Sebelum menghadapi Kejohanan Dunia 2011, Robles merekodkan masa 13.04 saat iaitu catatan terbaiknya tahun ini yang dilakukan dalam satu kejohanan di Crystal Palace pada 5 Ogos lalu.

Oliver, satu-satunya atlet yang mencatat masa di bawah 13s tahun ini pula sekadar berada di tangga ketiga pada kejohanan itu dengan catatan 13.19s.

"Saya cuba untuk memperbaiki catatan masa dalam setiap kejohanan yang disertai.

"Kejohanan di Crystal Palace baru-baru ini amat penting kerana ia merupakan kejohanan terakhir sebelum Kejohanan Dunia 2011," tambah Robles.

Pada Kejohanan Dunia 2007 di Osaka, Jepun, ketiga-tiga pelari tersebut turut beraksi.

Bagaimanapun, Oliver gagal mara ke final yang menyaksikan Liu Xiang muncul juara, manakala Robles berada di tangga keempat.

Robles meraih emas pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China selepas Liu Xiang terpaksa menarik diri ekoran kece- deraan Achilles.

Liu Xiang, pemegang rekod dunia dan pemenang pingat emas Olimpik 2004, turut dilihat berada dalam prestasi terbaik tahun ini.

Dia berjaya mengenepikan Oliver untuk muncul juara Grand Prix Emas Shanghai, Mei lalu dengan catatan masa 13.07s.

- AFP
 
Back
Top
Log in Register