BTC USD 83,986.1 Gold USD 4,292.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RMS Titanic

IMG_20230627_004654_490.jpg


Lokasi di mana kapal Titanic karam selepas melanggar aisberg

AstroMet Malaysia
 
Every time I watch the movie "Titanic" I cry. The love storyline in the film is fictional, but it's still hard to understand that the film is based on real events. A very tragic story.
 
1000194780.jpg


Hari ini 112 tahun yang lalu, kapal RMS Titanic melanggar aisberg sebelum tenggelam ke dasar Laut Atlantik..

Titanic merupakan kapal terbesar & tercanggih ketika itu, dibina oleh syarikat perkapalan British terkemuka White Star Line & direka untuk menjadi kapal persiaran mewah terunggul dengan kemudahan hotel terkemuka.

Dilancarkan pada 1911, Titanic memulakan pelayaran pertamanya dari Southampton, England pada 10 April 1912 membawa lebih 2,200 penumpang & anak kapal. Sebahagian besar daripada penumpangnya adalah orang kaya & ternama.

Pada malam 14 April, Titanic melalui kawasan di utara Laut Atlantik yang terkenal dengan aisbergnya. Walaupun mendapat amaran daripada kapal lain berdekatan, Titanic berlayar pada kelajuan penuh & tak sedikit pun memperlahan.

Sekitar jam 11.40 malam itu, peninjau mengesan aisberg besar betul-betul di laluan Titanic. Kru cuba mengelak dengan membelokkan kapal, namun segalanya sudah terlambat. Bahagian tepi badan Titanic melanggar aisberg tersebut & menyebabkan kerosakan teruk.

Air masuk ke bahagian bawah kapal & perlahan-lahan menarik kapal itu ke bawah. Bot-bot penyelamat dilancarkan, namun tak mencukupi untuk menampung semua penumpang & kru. Dalam kekalutan, ramai terjun ke laut yang sejuk membeku lalu mati dek hipotermia.

Dalam tempoh 2 jam 40 minit, Titanic tenggelam sepenuhnya. Kapal RMS Carpathia yang menerima isyarat kecemasan daripada Titanic hanya tiba beberapa jam kemudian, sekadar berjaya menyelamatkan lebih 700 mangsa. Selebihnya, sekitar 1,500 nyawa terkorban.

Tenggelamnya Titanic mendorong perubahan drastik dalam peraturan keselamatan maritim, khususnya keperluan kapal membawa bot penyelamat yang cukup untuk kesemua penumpang & krunya, serta penambahbaikan sistem komunikasi.

Titanic, kapal yang dianggap ‘takkan boleh tenggelam’ itu menjadi simbol keangkuhan & tragedi dahsyat dalam sejarah. Bangkainya hanya ditemukan pada 1985, lebih 70 tahun selepas ia bersemadi di dasar Laut Atlantik.

Sumber: History, National Geographic

#PeristiwaHariIni
 
1000544959.jpg


Hari ini 112 tahun yang lalu, RMS Titanic berlepas untuk pelayaran sulungnya dari Southampton, England.

Kapal penumpang milik White Star Line sepanjang 269.1 meter dan selebar 28.2 meter itu, yang merupakan kapal terbesar pernah dibina pada ketika itu, berlepas pada tengahari Rabu dan dijadual tiba di New York pada pagi 17 April 1912.

Dari pelabuhan Southampton, Titanic membawa 920 penumpang sebelum singgah di Cherbourg, Perancis dan Queenstown (kini Cobh), Ireland. 2,224 penumpang dan kru berada di atas Titanic sebelum ia meneruskan perjalanan merentas Atlantik.

Titanic dibina sebagai simbol kemewahan terunggul, dilengkapi gimnasium, perpustakaan, kolam renang, restoran dan kabin mewah. Dengan teknologi tercanggih, Titanic diyakini oleh pereka dan kaptennya bahawa ia takkan karam.

Namun pada 14 April, selepas 4 hari berlayar, Titanic menghentam aisberg pada 11.40 malam, menyebabkan sisi badannya yang berada di bawah paras air robek, mendedahkan 5 daripada 16 bahagian kedap airnya - ia hanya mampu menanggung 4 kebocoran untuk selamat.

Kesemua yang berada di atas kapal tidak bersedia dengan keadaan tersebut, dan sayangnya Titanic hanya membawa 20 bot keselamatan yang hanya mampu membawa tidak sampai separuh daripada jumlah keseluruhan penumpangnya.

Air semakin banyak memasuki kapal dan ia mula tenggelam secara menegak, akhirnya Titanic terpatah dua sebelum karam sepenuhnya ke dasar laut Atlantik Utara pada jam 2.20 pagi, bersama lebih seribu penumpang dan kru yang masih berada di atasnya.

Dua jam selepas Titanic tenggelam, barulah kapal RMS Carpathia, yang mendapat mesej kecemasan daripada Titanic, tiba ke lokasi. Hanya 705 orang terselamat daripada tragedi karam yang dianggap paling dahsyat dalam sejarah itu.

Sumber: Britannica,

#PeristiwaHariIni
 
Back
Top
Log in Register