BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RMK11 bantu sektor perbankan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Tengku Zafrul (tengah) ketika menyampaikan Biasiswa CIMB Best bagi melanjutkan pelajaran di Universiti Tun Abdul Razak.​

CIMB Group Holdings yakin Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11) dapat membangunkan sektor perbankan negara ke arah lebih positif.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Datuk Zafrul Tengku Aziz berkata, walaupun keadaan ekonomi tidak menentu, namun institusi bank mampu berdaya saing.

"Sokongan Bank Negara Malaysia memainkan peranan dalam membantu pertumbuhan sektor perbankan.

"Bahkan sektor ini dalam keadaan stabil dan sihat berbanding sektor lain," katanya dalam majlis Penyampaian Biasiswa CIMB Best, semalam.

Katanya, peningkatan industri kewangan juga dilihat semakin positif dan cemerlang.

Dalam majlis itu, Tengku Zafrul menyampaikan biasiswa RM96,000 kepada dua penerima bertuah untuk menyambung pengajian di Universiti Tun Abdul Razak.

Katanya, kedua-dua penerima biasiswa itu akan menyambung pelajaran selama tiga tahun dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Perniagaan).

"Mereka merupakan peserta kumpulan pertama bagi Program Transformasi Kemahiran Usahawan Bumiputera.

"Saya berharap biasiswa ini untuk membantu mereka lebih maju dalam perniagaan masing-masing," katanya.

Kedua-dua penerima itu ialah Fazeela Gulam Rasul dan Azudin Daem.
 
Back
Top
Log in Register