BTC USD 81,377.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM5,000 lesap digodam

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SHAH ALAM - Wang berjumlah RM5,000 yang dikumpulkan sekumpu lan pelajar untuk mengikuti lawatan sambil belajar lesap apabila hilang dalam simpanan gurunya didakwa digodam individu tidak bertanggungjawab.

Guru berkenaan, Nik Nor Hasmilah Wan Daud, 33 berkata, dia kehilangan RM5,000 pada 2 November lalu apabila wang simpa nannya hilang dalam simpanan akaunnya.

Menurutnya, kejadian itu berlaku apabila dia ingin membayar bil menggunakan sistem perban kan secara Internet, namun secara tiba-tiba sistem tersebut tergendala menyebabkannya terpaksa memberhentikan proses urusan tersebut.

Keesokan paginya, dia menerima e-mail daripada syarikat perbankan terse but yang kononnya memin ta beliau untuk mengakses kod keselamatannya.

“Pada mulanya saya curiga untuk mengakses kod tersebut kerana keli hatan pelik, namun saya fikir mungkin ada kepen tingan yang memerlukan saya memberi kod kesela matan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Nik Nor Hasmilah kemudiannya menerima satu sistem pesanan ringkas (SMS) daripada bank terbabit yang mengatakan bahawa dia telah menge luarkan sejumlah wang.

Akibat panik, dia terus menghubungi pusat perbankan tersebut, namun diarahkan pula menghubungi cawangan bank tersebut untuk kepastiannya.

“Tindakan kakitangan bank itu hanya memarahi saya atas kelalaian tersebut dan sebarang penjelasan atas kehila ngan wang tersebut tidak diberitahu.

“Selepas itu, saya diminta untuk melaporkannya kepada pihak polis dan laporan telah dibuat.

“Namun, apa yang dikesalkan sehingga ke kini, sebarang tindakan tidak diambil dan apakah jaminan pihak bank kepada mangsa yang mengalami keadaan sama, malah sejauh manakah tindakan yang diambil untuk mempertingkatkan keselamatan pengguna?,” katanya.
 
kan dh byk kali diingatkan...jgn percaya email sebarangan yg kononnya dr pihak bank...adeh la.......tension lak baca kes2 gini...
 
kan dh byk kali diingatkan...jgn percaya email sebarangan yg kononnya dr pihak bank...adeh la.......tension lak baca kes2 gini...

tu la mase sign up kat bank mana ade bank mintak email
 
adoi.cikgu nie msti tgh tension...
 
Back
Top
Log in Register