BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,482.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM25 sara enam anak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Andansura (kanan) membantu Noriah (kiri) mencari kelengkapan dan pakaian sekolah untuk salah seorang anaknya.
< 1 / 1 >
KUANTAN - Hanya dengan pendapatan RM25 sehari hasil jualan kuih-muih, seorang ibu tunggal, Noriah Awang, 50, menyara kehidupan mereka tujuh sekeluarga.

Selepas kematian suami kira-kira empat bulan lalu segala tanggungjawab menguruskan enam anaknya yang berusia di antara 7 hingga 20 tahun tergalas dibahunya.

Menurutnya, dia tidak boleh melakukan pekerjaan lain memandangkan komitmen menguruskan rutin harian dan persekolahan anak-anak perlu lebih diutamakan.

“Sebelum suami meninggal akibat asma kehidupan kami tidaklah senang tetapi segalanya dipikul secara bersama. Arwah suami hanya bekerja kampung, manakala saya memang membuat kuih dan dihantar ke kedai-kedai untuk dijual.

“Empat orang anak saya masih bersekolah, seorang baru habis SPM , manakala yang sulung sedikit sebanyak dapat membantu saya dengan hasil kerja kilang.

“Pendapatan menjual kuih dapatlah RM25 sehari dan kalau paling banyak hanya RM30 sahaja tetapi bukan setiap hari kuih-muih habis terjual atau laku.

“Rutin harian saya memang sibuk kerana perlu berulang-alik menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah menggunakan motosikal kerana tidak mampu membiayai tambang pengangkutan iaitu RM40 setiap seorang.

“Sekarang kami tinggal di rumah sewa di Seberang Balok dan itu pun atas ihsan tuan rumah serta keadaan rumah semakin uzur,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program membeli-belah “kembali ke sekolah” anjuran pusat khidmat Dun Beserah di sebuah pasaraya di Balok, di sini, semalam.

Bagaimanapun, kata Noriah, dia bersyukur kerana ramai juga pihak tampil membantu terutama dari segi persekolahan anak-anak.

“Anak-anak saya ada mendapat bantuan dari pihak sekolah mereka di SK Pelabuhan dan SMK Pelabuhan, malahan setiap dari mereka dapat pula baucar RM70 daripada Pusat Khidmat Dun Beserah untuk membeli kelengkapan sekolah.

“Setakat ini saya tidak menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi saya berhasrat untuk membuat permohonan dengan segera,” katanya.

Sementara itu, Adun Beserah, Andansura Rabu berkata, seramai kira-kira 350 pelajar miskin dan anak yatim dari seluruh Dun Beserah menerima manfaat daripada program kembali sekolah yang dijalankan itu.

“Program ini memang kita laksanakan pada setiap tahun untuk membantu golongan kurang berkemampuan untuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.

“Kita kenal pasti keluarga miskin dan anak-anak yatim untuk dibantu supaya mereka tidak berasa terpinggir serta dapat menerima pendidikan di sekolah dengan lebih selesa,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register