BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM20 pecahkan kereta Anwar Ibrahim

anwar naik ni sebab jem jugak ke?
Dr_Xavier_Jayakumar_Ponggal_Batu_Gajah_2.JPG
 
ini semua tidak benar! umno juga parti islam tak mungkin mengupah samseng dan mat motor :D
 
tetiba teringat aku mase kt masjid putrajaya... time tu nak sembahyang jumaat kt masjid putra... shahidan kasim dtg sembahyang kt situ... ramai budak2 muda (mcm kaki rempit + lepasan SPM) duk sambut shahidan kasim depan masjid dan termasuk masjid... tak tau la sape yg upah budak2 ni..
yg peliknye.. time sembayang.. ramai pulak yg lepak luar.. tak tau la diorang masuk sembahyang ke tak...

brape la budak2 ni dpt duit...

p/s; dulu mase merempit pernah jgk di upah puak BN mengibar bendera BN sambil naik motor.. suruh pusing satu kawasan parlimen... hehe..
 
apela nk jd ngn united malay national organization...
 
Serangan di Sembrong: Empat dipanggil polis

76b92e95ed2c93c9b9897d500bb7cb82.jpg


Empat individu telah dipanggil bagi membantu siasatan polis berhubung kejadian di Sembrong pada malam Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali, kejadian yang menyebabkan kereta ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, rosak dan kemek itu akan disiasat di bawah Seksyen 148 dan 440 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu berkaitan dengan rusuhan yang menggunakan senjata.

"Antara mereka yang dipanggil adalah saksi kejadian dan mereka yang membuat laporan itu," katanya dalam perbualan telefon dengan Malaysiakini lewat petang semalam.

Beliau berkata polis masih belum mengenal pasti mana-mana suspek lagi.

Abdul Majid, bagaimanapun, enggan mengesahkan dakwaan PKR bahawa kejadian berkenaan berlaku, di sebalik kehadiran sekurang-kurangnya 20 anggota polis yang berpakaian seragam.

"Kami memang mengawal keadaan pada malam itu dan akan menyiasat perkara (yang didakwa) tersebut," katanya.

Semalam, pada sidang akhbarnya, setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata kejadian di pejabat PKR di Jalan Mersing di Sembrong itu membabitkan kira-kira 50 hingga 80 anak muda yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 18 tahun.

Beliau juga mendakwa bahawa penduduk tempatan memaklumkan kepada mereka bahawa remaja bermotosikal itu membaling kayu, batu dan juga mercun ke arah kereta Anwar dan mereka dipercayai adalah ahli Umno.

Pada kejadian itu, cermin depan kereta Anwar retak manakala pintu Mercedes Benz miliknya telah kemek. Ketua Pembangkang itu, bagaimanapun tidak mengalami sebarag kecederaan tetapi terpaksa menaiki kereta lain untuk perjalanan pulangnya ke Kuala Lumpur.

Seorang pemimpin PKR tempatan dilaporkan mengalami kecederaan ringan dalam pertengkaran berkenaan.

Sembrong adalah kawasan parlimen Menteri Dalam Negeri yang juga adalah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
 
macam mana anwar boleh tahu upah hanya RM20 aje.. pelik plak aku..
 
Back
Top
Log in Register