eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Disebabkan terlalu percaya, seorang pengurus restoran makanan segera terpaksa berputih mata apabila memberi wang RM2,500 kepada sekumpulan lelaki yang menyamar sebagai penarik kereta.
Difahamkan, wanita berusia 20-an itu mempercayai lakonan kumpulan ‘penarik kereta’ itu yang memaklumkan keretanya terpaksa ditarik kerana ‘tersangkut’ bayaran ansuran selama beberapa bulan.
Kumpulan penipu licik itu turut menawarkan beberapa kaedah kepada mangsa menyelesaikan tunggakannya termasuk menyerahkan kereta kepada mereka dan memberi wang diminta termasuk ansuran bank tertunggak sebelum keretanya dipulangkan semula.
Sebaik menyerahkan bayaran diminta kumpulan lelaki terbabit, mangsa diberi semula keretanya seperti dijanjikan. Bagaimanapun, mangsa hanya menyedari ditipu beberapa hari kemudian apabila pihak bank memaklumkan tiada bayaran ansuran dilakukan seperti didakwa.
Mangsa yang berasa tertipu membuat laporan polis.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi Jumaat lalu, mangsa terbabit sedang memandu bersendirian sebelum keretanya ditahan berhampiran Tasik Sri Rampai, Wangsa Maju di sini oleh tiga lelaki yang mendakwa diri mereka penarik kereta. Menurut sumber, kumpulan lelaki terbabit yang menaiki kereta Perodua Myvi itu menghampiri mangsa dan memaklumkan yang kereta dinaiki itu mempunyai ansuran bayaran tertunggak tujuh bulan. “Mangsa yang bersendirian ketika itu panik dan hanya berdiam diri sebelum seorang anggota penarik kereta berkenaan memberikan cadangan, jika tidak mahu terbabit dalam proses yang rumit dengan pihak bank.
“Mereka (suspek) memaklumkan kepada mangsa supaya menyerahkan keretanya dan menyerahkan wang RM2,450 iaitu bayaran ansurans kereta yang tertunggak dan upah tarik kereta,” katanya.
Disebabkan percaya, mangsa bersetuju dengan cadangan berkenaan dan menyerahkan kenderaannya kepada kumpulan itu, sementara dia mendapatkan wang seperti diminta. Sumber terbabit berkata, pada keesokan paginya, seorang daripada ahli kumpulan itu menghubungi mangsa dengan mengarahkan supaya membayar wang berkenaan.
“Sebaik membuat bayaran, mangsa diberikan semula keretanya pada malam hari sama di sebuah plaza perabot berhampiran Jalan Genting Klang,” katanya.
Mangsa gagal mendapat resit bayaran sebagai bukti daripada kumpulan penarik kereta itu sebelum menghubungi semula mereka dan mereka berjanji akan memberikan kemudian.
Namun, hari berikutnya, kumpulan suspek itu seolah-olah cuba mengelak daripada mangsa dan masih tidak memberikan resit diminta.
Menurutnya, mangsa mula curiga dengan hal itu sebelum menghubungi bank berkenaan untuk mendapatkan kepastian pembayaran ansurans kereta itu.
“Bagaimanapun, mangsa kecewa selepas dimaklumkan kakitangan bank terbabit yang tiada rekod bayaran dilakukan seperti didakwa kumpulan lelaki itu,” katanya.