BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM13,000 beli buah perah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Fatimah menunjukkan buah perah dijualnya di Pasar Bukit Payung dengan harga RM5 untuk setiap 300 gram.
< 1 / 1 >
MARANG – "Makcik sanggup mengeluarkan modal sebanyak RM13,000 untuk mendapatkan 2,500 kilogram buah perah dari Pahang bagi menampung permintaan tinggi sepanjang musim tengkujuh ini,” kata seorang peniaga, Fatimah Kembar, 58.

Menurutnya, buah perah biasanya tumbuh liar di hutan Hulu Tembeling dan Taman Negara Kuala Tahan, Pahang, selain kepayang, kedondong, ara, mencepu, kerdas serta beberapa jenis buah hutan lain yang jarang terdapat di negeri lain.

“Bagaimanapun, hanya buah perah menjadi makanan harian dan laris untuk dikomersialkan di Terengganu khususnya pada musim tengkujuh, selain turut dijual di pasar pagi atau pasar malam di sekitar kawasan Bukit Payung dan Marang,” katanya ketika ditemui di Pasar Bukit Payung, di sini.

Dalam pada itu, Fatimah berkata, buah perah memang memabukkan jika dimakan mentah dan ia perlu diproses terlebih dahulu untuk menghilangkan getah atau kesan sampingan lain agar tidak memudaratkan kesihatan, selepas menerima bekalan buah tersebut daripada pembekal.

Menurutnya, buah itu akan direndam di dalam air untuk menghilangkan getahnya dan dicampurkan dengan garam serta asam gelugur lebih kurang dua minggu menerusi proses dikenali sebagai ‘jeruk’ atau ‘peram’, sebelum dapat dijual.

“Cara menjeruk buah ini sehingga dua minggu, lebih selamat dimakan dan rasanya rangup serta sedap seperti kacang rebus. Buah yang siap dijeruk, dijual dengan harga RM5 bagi setiap 300 gram,” katanya.

Fatimah yang berniaga buah perah sejak 28 tahun lalu berkata, biasanya bekalan buah perah diterima daripada pembekal sebanyak 2,500 kilogram itu, habis dijual dalam tempoh dua bulan iaitu sepanjang musim tengkujuh melanda negeri ini.




SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/rm13-000-beli-buah-perah-1.221395
 
rm13,000 = 2500 kg

2,500, 000 gram / 300 gram = 8333 bungkus

300 gram = rm5

8333 bungkus = RM 41,665


41,665 - (13,000-2000 kos pengangkutan bla bla bla) = 26665

RM 26,665 /2 bulan = RM 13,332.50 sebulan

wow!
 
tak pernah dengar pun....sapa rakan CG pernah rasa buah ni? cuba komen sikit kat sini...sedap ke?
 
abihlah makcik... nanti CUKAI datang... sebab dah masuk paper... :D
 
Orang bandar yang duduk ngadap komputer je memang la tak pernah makan.

Cuba la keluar dan berjalan sikit ke tempat yang tak ada internet.
Luaskan pandangan.
 
rm13,000 = 2500 kg

2,500, 000 gram / 300 gram = 8333 bungkus

300 gram = rm5

8333 bungkus = RM 41,665


41,665 - (13,000-2000 kos pengangkutan bla bla bla) = 26665

RM 26,665 /2 bulan = RM 13,332.50 sebulan

wow!


mcm senang jer nak buat untung.:D
dah kira ke kos2 pekerja memproses.
kos pekerja/pembantu nak jual
kos2 org minta kurang arga jika beli banyak.
kos bagi pelanggan rasa.
kos buah rosak....dan bla bla bla
 
Back
Top
Log in Register