BTC USD 85,217.6 Gold USD 4,146.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM1 1kg

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PADANG BESAR: Ada sindiket tertentu dikatakan meraih keuntungan besar menerusi kegiatan penyeludupan gula pasir ke negara jiran menerusi laluan laut dan darat di sempadan Perlis-Thailand sehingga menyebabkan bekalan bahan itu di pasaran tempatan berkurangan.

Keadaan itu berikutan harga runcit gula pasir di Thailand mencecah RM2.50 hingga RM2.80 sekilogram berbanding RM1.45 di pasaran tempatan sekali gus penyeludup bahan makanan itu ke negara jiran mampu memperoleh keuntungan cukup besar.

Bagaimanapun, kerajaan Perlis memberi tempoh seminggu untuk menyelesaikan masalah kekurangan gula di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Perhutanan dan Penguatkuasaan negeri, Mat Rawi Kassim, berkata selain kegiatan menyorok, faktor penyeludupan turut menyumbang kepada masalah kekurangan bekalan gula pasir di pasaran tempatan hingga menimbul suasana panik di kalangan pengguna.

“Saya difahamkan individu yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan gula memperoleh keuntungan RM1 bagi sekilogram gula yang dibawa keluar ke negara jiran.

“Keuntungan ini menyebabkan pihak berkaitan lebih menumpukan kepada pasaran luar dengan menyeludup gula pasir menerusi sempadan darat dan laut ke negara jiran.

“Bagaimanapun, kami memberi jaminan untuk menyelesaikan kekurangan gula dalam tempoh seminggu,” katanya selepas meluangkan masa hampir sejam meninjau kawalan penguatkuasaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kaurantin (KIK) Padang Besar di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Mohd A Aruwan Abd Aziz serta Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Perlis, Deputi Superintendan Zakaria Abd Rahman.
 
aku g kdi runcit n pasaraya terdekat smlm..
semua xde stok gula lg..
 
satu aku konfius...kenapa dalam berita cakap larangan bawa keluar gula hanya untuk sempadan kedah,perlis,perak,kelantan dan sabah sarawak...macammana sempadan johor dgn singapork?adakah boleh gula kita dibawa ke sana?
 
ntah2 gula dorang simpan dlm gudang..pastu buat abis gula..nnt harga naek la tuh..cis...
 
gula dah tadak.. biar betul.. kat giant semalam berlambak gula. . pastu kat kedai umah aku nih pun berlambak lagi stok.. setakat nih selangor tadak hal kot..
 
Rasanya gula akan naik..sama macam harga Thailand baru takde penyeludupan..
macam harga diesel and petrol dulu
 
Back
Top
Log in Register